PELAKON Rita Rudaini terus masih mengunci mulut mengenai kontroversi disaman dua ahli akademik selepas didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah di akaun media sosial miliknya.
Bagaimanapun menerusi hantaran terbaharunya di Instagram, Rita seolah-olah berkongsi luahan yang menggambarkan perjuangan dirinya mendepani kemelut semasa.
Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, berkata, selama ini dia tidak pernah mempunyai apa-apa kepentingan peribadi selain memperjuangkan kebajikan anak-anak dan ibu bapa.
"Tiada agenda tersembunyi, hanya kebajikan anak-anak dan ibu bapa yang saya perjuangkan sejak awal," katanya.

Rita tidak pandai berpura-pura.
Dalam masa sama, Rita memberitahu sekiranya ada pihak kurang senang dengan segala tindakannya itu, dia menerima dengan hati terbuka kerana mahu mempertahankan haknya.
"Andai kejujuran ini membuat anda kurang senang, saya terima kerana saya tidak tahu menjadi selain diri saya sendiri," katanya.
Meskipun tidak menyebut secara langsung mengenai tindakan undang-undang yang dihadapinya, kenyataan tersebut dilihat sebagai reaksi tenang dan matang Rita terhadap situasi yang melibatkan dirinya.
Hantaran itu turut menerima pelbagai respons daripada para pengikutnya yang rata-rata memberikan sokongan serta mendoakan agar aktres berkenaan terus kuat berdepan ujian.
ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa digelar ‘prof kangkung’, narsisis, dan gila jawatan… YDP dan Naib YDP MUAFAKAT MRSM Sungai Besar saman Rita Rudaini
ARTIKEL BERKAITAN: “Bila keikhlasan mendahului agenda, keberkatan pasti menyusul” - Rita Rudaini
"Rita teruskan jadi diri sendiri sebab itu betul. Semoga Allah sentiasa melindungi awak.
"Orang macam sis (Rita) yang kami perlukan. Semoga memperoleh kemenangan," tulis netizen.
Sebelum ini, Yang Dipertua MUAFAKAT Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar dan timbalannya memfailkan saman terhadap Rita selepas notis tuntutan sebanyak RM1 juta tidak dipatuhi.

Rita seorang ibu yang sentiasa mempertahankan anak-anaknya.
Peguam mereka Datuk Adnan Seman berkata, saman difailkan Mohd Roslan Mohd Nor selaku plaintif pertama dan Saidah Haris @ Harith selaku plaintif kedua dibuat selepas mendapati Rita memuat naik kenyataan berbau fitnah menerusi Instagram, WhatsApp dan beberapa hantaran platform komunikasi lain.
Adnan Seman menegaskan kenyataan itu memberi kesan reputasi besar kepada kedua-dua plaintif memandangkan bilangan pengikut Rita dalam media sosial cukup ramai.
Tambah Adnan Seman, tindakan saman tersebut difailkan selepas Rita gagal memenuhi tuntutan notis bertarikh 15 Oktober lalu.
Terdahulu, Rita mendakwa wujud kelemahan dalam kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, atau dikenali sebagai MUAFAKAT, di MRSM Sungai Besar.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


