suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[TIDAK RASMI] BN-PN menang 24 kerusi, selesa bentuk kerajaan negeri - Asyraf Wajdi

BN-PN mendakwa berjaya membentuk kerajaan dalam PRN Melaka ke-16. -Foto AZMAN GHANI/The Star

SETIAUSAHA Agung Umno, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berjaya menubuhkan kerajaan negeri Melaka bagi penggal ke-16.

Menerusi perkongsian di Facebook, Asyraf berkata menerusi kiraan tidak rasmi, gabungan berkenaan mendahului di 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Daripada jumlah tersebut, 21 kerusi daripada BN manakala tiga lagi disumbangkan PN.

Untuk membentuk kerajaan negeri, parti atau gabungan politik memerlukan sekurang-kurangnya 15 kerusi majoriti mudah daripada jumlah keseluruhan 28 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Terdahulu, laman portal MyUndi.com menunjukkan BN mendahului di Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Asahan, Sungai Udang, Pantai Kundor, Klebang, Pengkalan Batu, Ayer Molek, Duyong, Telok Mas, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.

PN pula mendahului di DUN Paya Rumput, Bukit Katil dan Bemban.

Artikel Lain