suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[TIDAK RASMI] Ahmad Zahid isytihar gelombang biru kekal di Melaka

Ahmad Zahid mendakwa BN-PN memenangi PRN Melaka.

KEPIMPINAN Barisan Nasional (BN) bersama Perikatan Nasional (PN) meraikan kemenangan besar apabila mendakwa memperoleh majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, Sabtu malam.

Dalam sidang media di Pusat Gerakan BN dekat Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Melaka yang memberi mandat kepada gabungan berkenaan untuk menerajui pentadbiran.

"Keputusan ini meneruskan gelombang biru yang bermula di Johor, disusuli Negeri Sembilan, dan diperkukuh di Melaka. 

"Alhamdulillah mandat melebihi majoriti dua pertiga ini bukti rakyat Melaka memilih rekod pencapaian dan kestabilan serta hala tuju yang ditawarkan BN dan PN.

"Kemenangan hatrik tiga kali berturut-turut ini bukan alasan untuk bermegah, sebaliknya kami terima dengan kesyukuran, kerendahan hati dan keinsafan," ujarnya.

Tambah Ahmad Zahid, kemenangan berkenaan bukan sekadar kejayaan politik, sebaliknya membawa tanggungjawab besar kepada BN dan PN untuk menunaikan segala manifesto serta aku janji yang ditawarkan kepada rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.

Menurutnya, keputusan PRN Melaka kali ini turut membuktikan persefahaman politik yang dibina antara kedua-dua gabungan semakin mendapat kepercayaan rakyat.

"Kami amat bersyukur bahawa PRN Melaka kali ini sekali lagi memperlihatkan persefahaman politik yang dibina, kemantapan serta keikhlasan semakin subur dan diterima rakyat," ujarnya lagi.

Turut hadir, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan  Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menerusi kiraan tidak rasmi, gabungan berkenaan mendahului di 24 kerusi DUN.

Daripada jumlah tersebut, 21 kerusi daripada BN manakala tiga lagi daripada PN.

Untuk membentuk kerajaan negeri, parti atau gabungan politik memerlukan sekurang-kurangnya 15 kerusi majoriti mudah daripada jumlah keseluruhan 28 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Artikel Lain