Surat pencalonan Ab Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka akan diserahkan kepada Yang di-Pertua Negeri pada Sabtu malam.
PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN dan Perikatan Nasional (PN) menamakan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka, dengan surat pencalonan akan diserahkan kepada Yang di-Pertua Negeri pada Sabtu, malam.Ahmad Zahid mengumumkan kedua-dua gabungan itu secara tidak rasmi memenangi 24 daripada 28 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sekali gus memperoleh majoriti dua pertiga. “Dengan ini saya mengumumkan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional mencalonkan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai calon Ketua Menteri Melaka.ARTIKEL BERKAITAN: [TIDAK RASMI] BN-PN menang 24 kerusi, selesa bentuk kerajaan negeri - Asyraf Wajdi“Saya akan menyerahkan surat berkenaan kepada Yang di-Pertua Negeri malam ini,” katanya pada sidang media di Pusat Gerakan BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno berkata, kedua-dua gabungan itu akan membentuk kerajaan negeri dengan mandat melebihi majoriti dua pertiga.Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Ab Rauf yang juga Pengerusi BN Melaka dan penyandang jawatan Ketua Menteri, serta semua calon daripada kedua-dua gabungan yang berjaya memenangi kerusi masing-masing.Untuk rekod Ab Rauf berjaya mempertahankan kerusi DUN Tanjung Bidara.