suria

7 tahun menyewa atas ihsan pemilik, kumpulan pelajar perempuan tak pernah cuci langsir, tuala wanita lekat di tingkap, “Ingat ni muzium seni ke?”

Pelbagai ragam penyewa yang duduk di kawasan perumahan sehingga membebankan tuan rumah. Gambar sekadar hiasan

RAGAM penyewa kadang-kadang memenatkan, lebih-lebih lagi yang jenis tak reti bahasa dan tiada kesedaran sivik.

Susulan perkongsian di Twitter mengenai nasib diri selepas simpati terhadap orang lain tidak mendapat balasan yang sama, seorang wanita meluahkan kisah sedih mengenai rumah ibunya yang disewakan kepada sekumpulan pelajar perempuan.

Mengimbas kembali kisah 12 tahun lalu, rumah yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam, Selangor itu merupakan rumah pertama dibeli dengan hasil titik peluh ibunya, tetapi disewakan berikutan mereka sekeluarga menetap di Lumut, Perak.

“Pada mulanya semua sekali ada lima pelajar dan dua daripada mereka adalah adik-beradik dari Sabah... katanya, adik-beradik ramai dan hidup susah.

“Mak ayah mereka siap terbang ke Semenanjung untuk hantar anak mereka. Mak saya yang mudah kasihankan orang pun berikan sewa tanpa bayaran deposit dua bulan,” katanya kepada mStar sambil menambah kesemua penghuni merupakan pelajar di sebuah universiti tempatan di Shah Alam.

ARTIKEL BERKAITAN: "Beri saya peluang move on" - Penghuni minta maaf 'ternak' lipas, takutkan rakan serumah

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan serumah bingung lipas tak mau lari, penyewa pengotor jumpa pakar psikologi!

Wanita berusia 25 tahun itu berkata, kadar sewa yang dikenakan adalah RM650 sebulan, boleh dianggap murah berbanding kadar sewa kira-kira RM200 seorang bagi rumah di kawasan sekitar yang menempatkan bilangan penghuni lebih ramai.

Luahan seorang wanita mengenai simpati dengan orang lain.

“Satu rumah sumbat 10 orang itu adalah standard di kawasan tu. Tapi mak aku sewakan untuk lima orang sahaja. Tapi, ragamnya macam lebih 10 orang yang duduk.

“Paling terkesan apabila peti sejuk rosak disebabkan satu pergaduhan di rumah tu. Salah seorang penyewa keluar. 

“Tapi seperti biasa, ibu ni jenis kasihan. Risau nanti tak ada tempat untuk simpanan makanan. Mak dan saya datang pergi beli peti sejuk baharu,” katanya sambil menambah ibunya yang merupakan ibu tunggal bekerja sebagai pakar diet.

Mak sekali lagi kasihankan mereka. Mak kata, kalau kita tolong anak orang, nanti akan datang orang tolong anak mak juga. Saya faham benar perangai mak

ANAK TUAN RUMAH

Anak bongsu daripada lima beradik itu memberitahu, seorang lagi penyewa kemudian keluar dari rumah selepas tamat pengajian, menjadikan bakinya tiga penghuni.

“Tiga orang ni telefon mak, kata tak mampu nak bayar RM650 sebab sekarang hanya tinggal bertiga. Sekali lagi, mak kasihan dan cuma kenakan kadar sewa RM300.

“Bayangkan setiap seorang dapat satu bilik, berlanjutan selama dua tahun. Kadar sewa dulu pun mak perlu tampung bayar ansuran bulan rumah, apatah lagi bila dah makin murah tu. Mak bayar lebih separuh setiap bulan untuk kasi mereka duduk,” tambahnya.

Kadar sewa dikurangkan kerana kasihankan penghuni yang merupakan pelajar.

Memasuki tahun keenam, ibunya bercadang untuk menjadikan rumah tersebut sebagai tempat tinggalnya yang ketika itu belajar di sebuah insititusi pengajian tinggi berdekatan.

“Sebab tak ada deposit, jadi mak cuma bagi notis. Mereka masa tu baru habis belajar, jadi minta tempoh sehingga dah ada duit untuk bayar deposit rumah sewa lain.

“Mak sekali lagi kasihankan mereka. Mak kata, kalau kita tolong anak orang, nanti akan datang orang tolong anak mak juga. Saya faham benar perangai mak,” katanya.

Dari diploma, sambung ke peringkat ijazah sarjana muda hingga tamat pengajian, ketiga-tiga penghuni itu menjadikan rumah ibunya seperti rumah kebajikan.

“Beberapa kali tandas tersumbat, bila ibu minta orang baiki, tukang paip kata bila diperiksa rupa-rupanya tersumbat sebab ada tuala wanita dengan barang-barang lain.

“Paling menjijikkan apabila tunang saya ketika itu (kini suami) datang tolong bersihkan rumah dan nampak ada tuala wanita yang sudah dipakai ‘cantik’ ditampal di tingkap bilik air. Ingat ni muzium seni ke?,” katanya dengan nada kesal.

Keluhan mengenai penyewa yang menjadikan rumah sewa seperti rumah kebajikan.

Selepas hampir setahun diberi notis berkali-kali, akhirnya ketiga-tiga penyewa itu keluar dari rumah ibunya dan kunci rumah ditinggalkan saja dalam peti pos.

Namun, apa yang menyedihkan bukan hanya kunci rumah ditinggalkan dalam peti pos tanpa sebarang pesanan, selain terdapat kelengkapan rumah yang hilang dan peralatan elektrik rosak, serta rumah dibiarkan kotor.

“Nak kasihankan anak orang, tapi anak orang tak hargai langsung tuan rumah. Buat rumah sewa macam welfare (rumah kebajikan). Bila ada orang yang perangai macam ni lah buat orang lain susah nak ada rasa simpati dan kasihan,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
welfare, rumah sewa, gadis, tuala wanita

Artikel Berkaitan

Artikel Lain