Taktik BitoBeyto nak tambah followers, guna awek sendiri je! - “Dah biasa jumlah pengikut sendu, tapi kalau dapat 100k kena post la!”

PENYANYI BitoBeyto berkata dia dituduh sebagai kemaruk untuk menambah jumlah pengikut di Instagram gara-gara menjadikan wajah teman wanita sebagai sandaran.

Kata Bito ia bermula apabila dia menjanjikan untuk berkongsi wajah teman wanitanya kepada umum jika pengikut di laman sosial itu mencecah seramai 100,000.

“Sebelum ini saya bertegas hanya akan dedahkan wajah teman wanita jika dapat capai 100,000 pengikut di Instagram, tak sangka pula ada yang gelar saya kemaruk.

“Tapi tak mengapa, saya balas komen mereka dengan cara baik,” kata Bito kepada mStar.

Terdahulu Bito atau nama sebenarnya Kamal Aiman berkata cerita mengenai wajah teman wanita bermula apabila dia memuat naik sebuah video dia memujuk kekasihnya itu dengan menyanyikan lagu terbaharu penyanyi Nabila Razali berjudul Peluang Kedua.

“Video tersebut bukannya content untuk laman sosial, kekasih saya memang benar-benar merajuk ketika itu. Biasalah perempuan... Kebetulan lagu terbaharu Nabila Razali iaitu Peluang Kedua tengah top sekarang.

“Jadi apa salahnya saya pujuk dengan cara menyanyikan lagu tersebut. Namun ramai pula yang minta saya dedahkan wajah kekasih selepas video itu tular,” katanya.

Untuk rekod, pengikut penyanyi yang terkenal dengan lagu Hilang ini berjaya mencapai jumlah sasaran pada Ahad dan wajah kekasihnya juga didedahkan seperti yang dijanjikan.

bitobeyto
Semua
Hiburan
Berita
Variasi