Haqiem Rusli tetap memancing ketika PKP, tapi tak keluar rumah - “Saya download game je, jadilah untuk lepas gian”

KAKI pancing seperti Haqiem Rusli pastinya mula gelisah apabila hobi itu perlu dilupakan seketika bagi mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 22, berkata dia mempunyai jalan penyelesaian dengan memuat turun permainan memancing di telefon bimbit.

“Saya gembira sebenarnya dapat duduk di rumah, semua yang berlaku ada hikmahnya. Saya dapat habiskan banyak masa dengan keluarga malah berpeluang menghasilkan beberapa lagu di mini studio saya.

“Tapi saya akui juga gian nak memegang joran dalam tempoh PKP ni, tapi apakan daya tak dapat nak keluar.

“Jadi saya memuat turut permainan memancing di telefon. Tak mengapalah, lepas juga nafsu nak memancing,” kata Haqiem kepada mStar.

haqiem rusli, pk
Semua
Hiburan
Berita
Variasi