suria

“Ada yang maki hamun, marah tak baca mesej” - Dugaan Man Raja Lawak derma RM50,000 bantu orang susah

PELAWAK Man Raja Lawak berkata dia sanggup meneruskan kehidupan secara sederhana dalam usaha membantu masyarakat dan golongan artis yang memerlukan bantuan akibat terkesan dengan pandemik wabak Covid-19

Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kassim berkata selain menggunakan semua wang berjumlah RM50,000 hasil daripada kemenangannya pada pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 dia juga bercadang menjual sebuah kereta jenama Mercedes Benz serta sebuah motosikal jenis Harley Davidson.

Hasil jualan kenderaan mewah itu akan digunakan untuk membantu orang ramai.

“Ramai artis yang susah, kami ni kerja by job. Kebanyakannya 'tersandar' apabila tiada job. Saya ada rezeki lebih jadi saya bantu mana yang boleh.

“Saya pun dalam usaha untuk menjual dua kenderaan mewah milik saya, cukup la sekadar pakai motosikal Honda Cub. Kalau Zarina Anjoulie boleh sekadar guna Proton Satria Neo, kenapa saya tidak boleh bawa kereta Kancil?,” kata Man kepada mStar.

man raja lawak, pkp, covid 19


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi