suria

Mulianya hati Johan Raja Lawak, agih ‘angpow’ isi RM300 kepada rakan selebriti terkesan PKP

PENYANYI yang juga bekas peserta program Mentor musim ketiga iaitu Keena berkata dalam diam terdapat ramai selebriti yang memberikan sumbangan ikhlas kepada pekerja industri kreatif yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun Keena atau nama sebenarnya Suriana Abdul Wahab, 34, yang menjadi sukarelawan dalam misi bantuan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) berkata kebanyakan penderma enggan nama mereka didedahkan.

“Semalam kami adakan kerjasama antara Seniman dan Profima untuk membantu nasib anak seni yang mengalami kesukaran hidup dalam tempoh PKP. Tidaklah banyak namun cukup untuk buat bekalan makan.

“Namun saya bersyukur kerana sebenarnya ramai selebriti yang hulurkan bantuan antaranya Datuk Rosyam Nor dan Datuk Yusof Haslam. Malah pelawak Johan bersama isterinya turut hadir membantu kami mengagihkan sumbangan.

“Tapi saya enggan ulas lanjut mengenai sumbangan yang Johan berikan kepada kami seperti yang tular di laman sosial, dia minta agar perkara dirahsiakan,” kata Keena kepada mStar.

keena, pkp, johan, seniman, profima


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi