suria

“Ya Allah... kasihannya frontliners!” - Aishah ajar rakan doktor buat ‘face shield’ guna botol plastik

PENYANYI Aishah menjelaskan dia tidak ambil pusing apabila usahanya mengubah botol plastik terpakai menjadi topeng pelindung muka atau face shield sebagai bahan jenaka.

Malah kata Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 55, dia sendiri berasa lucu apabila ada netizen menyamakan hasil kerja tangannya disamakan dengan topeng daripada filem Star Wars.

“Sejak kita berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) rasanya saya dah tukar profesion daripada penyanyi kepada tukang masak dan juga pembuat kraftangan sehingga terhasilnya hand sanitizer, topeng muka dan juga face shiled yang dibuat secara do it yourself (DIY).

“Semuanya bermula daripada rakan saya seorang doktor yang mencari plastik untuk membuat face shield berikutan stok yang sukar didapati. Tak mengapa... Biarlah rupanya tidak secantik mana tapi mampu memberi kebaikan kepada si pemakai,” kata Aishah kepada mStar.

aishah, face sheild, face mask, covid 19


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi