Netizen sangka Wan Maimunah sakit, hanya ‘judge’ tengok video peluk roti Gardenia - “Ibu tahu orang ambil berat... tapi jangan buruk sangka”

KETIKA banyak pihak mempersoalkan tanggungjawab Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menjaga kebajikan ahlinya yang memerlukan bantuan ketika perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelakon veteran Wan Maimunah tampil mempertahankan badan itu.

Kata Wan Maimunah, Seniman lebih awal tampil memberi bantuan kepadanya sebelum tular sebuah video dia dilihat menangis menerima sumbangan daripada individu prihatin baru-baru ini.

Susulan tularnya video itu, netizen mula menyalahkan Seniman kerana didakwa tidak membantu ahli seperti Wan Maimunah.

“Sebenarnya Seniman merupakan antara yang terawal menyumbangkan bantuan buat saya, cuma tak dihebahkan.

“Saya minta agar netizen tidak berbalah mengenai isu agihan bantuan tambahan lagi apabila tular saya menangis apabila terima bantuan daripada Ustaz Sheikh Abdullah," katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai tanggapan netizen kononnya dia kini sedang sakit kerana menangis di dalam video itu, Wan Maimunah menafikannya.

“Saya tidak sakit seperti yang disangka, cuma saya ni memang dikurniakan air mata yang banyak. Saya cuma terharu,” jelas Wan Maimunah.

Wan Maimunah, Covid-19, PKP, MCO
Semua
Hiburan
Berita
Variasi