suria

Baju nikah dikecam seksi, Tyra Kamaruzzaman lapang dada terima teguran

PERSONALITI media sosial, Tyra Kamaruzzaman berlapang dada menerima setiap teguran netizen berkenaan busana pernikahannya yang dianggap keterlaluan dan seksi.

Menghormati setiap pandangan diberikan, Tyra atau Athirah Kamaruzzaman, 25, meluahkan rasa syukur kerana mengetahui masih ramai pihak mendoakan untuk dirinya.

"Saya terima dengan hati yang terbuka, saya tak nampak apa-apa yang salah dengan orang memberi pandangan mereka.

Copy of Untitled (77)

Tyra menghormati setiap pendapat yang diberikan.

"Lebihnya mereka mendoakan dan bercakap benda baik untuk saya, yang tak baik kita tolak tepi," katanya dalam satu hantaran di InstaStory.

Sebelum ini, Tyra menerima kritikan ramai apabila persalinan yang dipakainya pada hari pernikahan pada 3 Mei lalu dianggap mencolok mata.

Tyra yang menggayakan busana berona putih dengan bahagian dada pakaian tersebut dikatakan agak terdedah.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘I Will Always Love You’ dianggap tak sesuai di majlis kahwin, Tyra minta bertenang - “Ikutkan nak lagu Everyday I'm Shuffling”

ARTIKEL BERKAITAN: Sedar diri tiada bakat, Tyra Kamaruzzaman tak minat jadi pelakon... “Baik beri peluang kepada mereka yang layak”

Dalam pada itu, Tyra mengingatkan orang ramai untuk tidak cepat menghukum kerana manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.

"Manusia mana yang lari dari membuat kesilapan tetapi ia bukan juga kerja kita untuk menghukum.

"Cukup sekadar mendoakan, Tyra pun hargai teguran dan doa yang diterima," ujarnya.

Untuk rekod, Tyra sah bergelar isteri kepada Emran yang juga merupakan seorang pereka fesyen selepas enam bulan mengkikat tali pertunangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain