suria

Hati-hati! Akaun Mia Sara kena godam, scammer guna nama dan foto untuk aktiviti penipuan

Mia anggap kejadian yang berlaku di luar kemampuannya.

PELAKON Mia Sara mendedahkan ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan foto dan namanya untuk melakukan kegiatan penipuan.

Mia atau Mia Sara Nasuha, 18, berkata pihak berkenaan mengodam emel dan media sosialnya sebelum menipu orang ramai.

"Baru-baru ini saya kena scam... saya tak boleh nak akses emel, Twitter, Telegram dan YouTube.

mia sara 1

Scammer melakukan pelbagai hantaran di media sosialnya.

"Sebab dia ambil emel saya jadi dia gunakan sosial media saya untuk scam orang lain. Saya memang tak dapat akses lagi," katanya.

Mia berkongsi perkara itu menerusi akaun TikTok miliknya pada Rabu.

Dia juga berkongsi beberapa tangkap layar mesej perbualan beberapa orang yang menjadi mangsa scammer berkenaan.

Dalam pada itu, Mia juga meminta orang ramai tidak terpedaya sekiranya menerima mesej secara peribadi di beberapa akaun media sosialnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Serangan panik melampau punca Mia Sara masuk hospital, disahkan hidap anxiety

ARTIKEL BERKAITAN: Mengadu sesak nafas dan sakit dada, Mia Sara dikejarkan ke dua buah hospital

Jelasnya, pihak berkenaan menawarkan kelas dan urusan jual beli akaun yang menggunakan namanya.

"Mana-mana pihak yang dapat notis atau mesej daripada Twitter dan Telegram. Saya pun tak pakai Telegram dan kalau ada orang kata saya buka kelas ke apa itu bukan saya.

"Itu orang lain yang guna nama dan muka saya," ujarnya.

Malah, dia juga ada menerima beberapa aduan daripada pengikut media sosial mengenai kegiatan tersebut.

mia 3

Ramai pengikut Mia mengadu selepas tertipu.

Justeru itu, Mia memohon maaf terhadap mangsa-mangsa berkenaan memandangkan perkara itu diluar kawalanya.

"Saya terima aduan dari beberapa orang yang kena scam RM600 dan RM900, saya harap semua faham ini luar kawalan saya.

"Saya juga akan buat laporan polis agar orang lain tidak tertipu.

"Saya harap orang ramai juga berhati-hati kerana dalam telefon ini senang orang nak tipu dan curi duit," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain