suria

Semua impian perkahwinan Afifah Nasir berjaya direalisasikan kecuali bawa Judika menyanyi

Hasrat Afifah (kiri) untuk membawa Judika ke majlis resepsi tidak berjaya.

IMPIAN pelakon Afifah Nasir mahu mengundang penyanyi Judika ke majlis perkahwinannya yang berlangsung pada Ahad lalu tidak kesampaian.

Afifah atau Nur Afifah Nasir, 31, memberitahu penyanyi itu tidak dapat menghadiri majlis resepsi berkenaan kerana urusan peribadi.

"Semua permintaan saya untuk majlis perkahwinan saya boleh dapatkan dengan mudah kecuali Judika.

judika3 - 1

Hasrat Afifah (kiri) untuk membawa Judika ke majlis resepsi tidak berjaya.

"Dia (Judika) tidak dapat hadir atas alasan yang saya tidak boleh kongsikan di sini. Apa pun pun Judika tetap penyanyi yang terbaik," katanya.

Afifah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Pelakon drama Bukan Hanya Sekadar Cinta ini turut memuat naik tangkap layer perbualannya bersama individu yang dipercayai menguruskan kehadiran Judika ke majlis resepsi Afifah.

ARTIKEL BERKAITAN: Afifah Nasir sah bergelar isteri Syed Hariz

ARTIKEL BERKAITAN: Suami rupanya abang kawan baik, Afifah Nasir tak sedar jodoh depan mata

Kata individu tersebut, dia sudah berusaha membawa Judika namun gagal kerana penyanyi tersebut tidak boleh meluangkan masa untuk ke Kuala Lumpur.

"Confirm Judika tidak boleh hadir. Maaf kerana lambat balas (mesej) sebab saya cuba untuk suruh dia datang. Maaf sangat sebab last minit," ujarnya.

Pada 5 Mei, Afifah selamat bergelar isteri kepada Syed Hariz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup.

judika1 - 1

Afifah dan Hariz selamat bernikah pada Ahad lalu.

Berita gembira itu disahkan sendiri oleh bapa Afifah iaitu Profesor Dr Md Nasir Ibrahim yang turut menikahkan pasangan tersebut.

Afifah turut mendedahkan suaminya merupakan abang kepada sahabat baik yang dikenalinya sejak 10 tahun lalu.

Kata Afifah, dia tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan Hariz yang disifatkan sebagai jodoh di depan mata.

Mereka dipertemukan oleh sahabatnya iaitu Alya ketika sama-sama pergi menonton sebuah konsert.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain