suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Delulu’ macam kena dengan isu Ruhainies dan Aliff Aziz, Ara Johari tak sindir siapa-siapa

Ara lancar lagu baharu berjudul Delulu.

LAGU terbaharu Ara Johari yang berjudul Delulu tiada kena mengena dengan mana-mana individu selepas timbul cakap-cakap mengatakan ia seolah-olah menceritakan kontroversi melanda pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz.

Ara atau Nurfaraah Izzatie, 27, berkata, lagu berkenaan sekadar menyampaikan mesej ringan kepada masyarakat tanpa ada niat menyinggung perasaan mana-mana individu.

Kata Ara, lagu ciptaan bersama Justin Seow dan Ja'a ini mengambil inspirasi daripada situasi sekeliling yang berlaku dalam masyarakat.

araa - 1

Ara menegaskan lirik lagu Delulu tidak menyindir mana-mana individu.

"Lagu ini membawa mesej ringan dan sekadar hiburan. Delulu bukan lagu sindir mana-mana pihak, hanya untuk hiburan setelah penat dengan isu-isu besar ketika ini.

"Saya pasti siapa juga yang mendengarnya, pasti akan ikut menari," katanya.

Sebelum ini, ada pengguna di aplikasi X yang mendakwa lirik lagu Delulu seakan-akan ditujukan kepada Ruhainies, Aliff dan Sarah Yasmin susulan kontroversi melibatkan mereka bertiga.

ARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari mohon doa kekal berhijab, bakal serlah sisi berbeza dalam lagu baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Adik dah bertunang, Ara Johari tenang ditanya tentang jodoh

Kata pengguna X tersebut, selepas diteliti lirik lagu tersebut seakan berkait dengan kisah yang berlaku kepada mereka.

Delulu membawa maksud delusional atau ilusi seseorang terhadap sesuatu yang tidak pasti.

Dalam pada itu, Ara memberitahu Delulu adalah single pertamanya selepas mengambil keputusan bergerak di bawah pengurusan sendiri.

Kata Ara, lagu tersebut memperlihatkan sisi berbezanya yang sebelum ini banyak membawakan lagu genre balada rock.

"Delulu berbeza daripada single saya sebelum ini. Boleh dikatakan single ini menunjukkan sisi lain Ara Johari yang biasa orang kenal saya dengan lagu jiwang dan sedih.

"Ini juga fasa baru dalam kerjaya nyanyian saya di mana bergerak dibawah pengurusan sendiri," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain