suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ara Johari mohon doa kekal berhijab, bakal serlah sisi berbeza dalam lagu baharu

Ara sentiasa menjaga penampilan ketika tampil dalam mana-mana majlis.

PENYANYI Ara Johari menerima baik setiap teguran diberikan kepadanya tentang soal pemakaian terutamanya selepas dia mengenakan hijab dalam sebuah majlis awal Ramadan lalu.

Ara atau Nurfarrah Izzatir Johari, 27, berkata, sebagai seorang wanita pastinya dia akan sentiasa cuba memperbaiki diri dan berharap akan diberi hidayah untuk kekal menutup aurat.

"Seperti saya kata sebelum ini, saya tampil berhijab sebab menghormati majlis. Doakan yang baik-baik untuk saya dan semoga selepas ini saya akan terus bertudung.

ara 1

Imej Ara bertudung mendapat pujian ramai.

"Setiap komen dan teguran itu saya terima sebab kata-kata netizen adalah doa dan mungkin disebabkan itu juga saya cepat dapat hidayah," katanya kepada mStar.

Tindakan Ara memuat naik gambar menyambut Ramadan dengan mengenakan hijab mendapat pujian peminat yang memberitahu penyanyi itu kelihatan jelita dan sopan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto atas pelamin... Ingatkan Ara Johari dah nak kahwin rupanya majlis tunang adik

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya 4 kali dijangkiti Covid-19, Ara Johari tak boleh kena hujan atau berminggu hilang suara

Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan penampilan Ara selepas itu kerana dilihat tidak lagi bertudung ketika hadir dalam beberapa majlis berbeza selepas itu.

Sementara itu, bercakap tentang perkembangan kerjaya, Ara kini bergeraka sendiri bersama syarikat pengurusan miliknya selepas kontrak bersama Rocketfeul tamat.

ara 2

Ara mahu beri kelainan dalam lagu baharu.

Bakal tampil dengan lagu baharu tidak lama lagi, Ara akan berjanji akan memberi kelainan dan menyerlahkan sisi berbezanya sebagai penyanyi.

"Lagu baru nanti saya boleh katakan 100 peratus berbeza daripada Ara Johari sebelum ini. Peminat akan dapat menyaksikan sisi lain diri saya.

"Kalau boleh saya tak mahu terikat pada satu genre sahaja. Kita juga perlu ikut trend semasa sebab selagi lagu itu boleh dibawa saya akan teruskan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain