suria

Manis bertudung, ramai puji penampilan Syasya selepas tinggalkan Dolla

Penampilan terbaharu Syasya.

SELEPAS mengumumkan keluar dari kumpulan Dolla, penyanyi Syasya dilihat manis dengan penampilan berhijab.

Gaya Syasya atau Nursyasya Afiqah Shahrizal, 23, mengenakan tudung sempena sambutan Harii Raya Aildilfitri kali ini turut mendapat pujian netizen.

Malah ada mengaitkan keputusan untuk tidak lagi bersama Dolla adalah disebabkan imej baharunya itu.

syasya 2

Ramai puji imej Syasya bertudung.

"Sopan Syasya malu-malu kucing.

"Kalau dia nak keluar Dolla untuk berubah, saya sokong. Bukan senang nak berubah.

"Semoga istiqamah. Jika hijrah pilihannya, semoga kekal abadi," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Syasya tidak lagi bersama Dolla, undur diri atas faktor peribadi

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau dah international” - Dolla cetus fenomena selepas persembahan ‘Show It All’, Syasya diserbu peminat di China

Sebelum itu, ibu Syasya sendiri iaitu Riena berkongsi video anaknya itu bertudung ketika mereka dalam perjalanan beraya.

Sementara itu, ramai peminat meluahkan rasa rindu kerana Syasya sebelum ini sudah lama tidak berkongsi gambar terbaharu di Instagram miliknya.

Pada Isnin lalu, Syasya mengejutkan ramai peminat apabila memaklumkan dia mengambil keputusan keluar daripada kumpulan Dolla.

syasya 3

Syasya dalam satu kenyataan mengumumkan tidak lagi bersama Dolla.

Tidak menyatakan alasan sebenar, penyanyi itu hanya memberitahu pilihan tersebut atas faktor peribadi.

Dalam pada itu, ahli kumpulan Dolla lain iaitu Sabronzo, Tabby dan Angle memberitahu tidak wujud sebarang masalah antara mereka sehingga menyebabkan Syasya membuat keputusan sedemikian.

Syasya memulakan langkah baharu dalam hidupnya ketika nama Dolla kini semakin menjadi perhatian terutama selepas mereka menyertai satu pertandingan di China baru-baru ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain