suria

Syasya tidak lagi bersama Dolla, undur diri atas faktor peribadi

Dolla umum penarikan diri Syasya atas faktor peribadi.

TIADA angin tiada ribut, Dolla mengumumkan salah seorang ahlinya iaitu Syasya menarik diri daripada kumpulan berkenaan pada Isnin.

Syasya atau Syasya Rizal, 23, dilaporkan membuat keputusan itu atas sebab peribadi yang tidak didedahkan.

“Kami sedar yang ketiadaan Syasya baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan anda semua.

NP-13

Syasya tarik diri dari kumpulan Dolla atas faktor peribadi.

“Dengan hati yang berat, kami ingin mengumumkan Syasya mengambil keputusan mengundurkan diri sebagai ahli Dolla di atas sebab peribadi,” kata kumpulan berkenaan dalam satu kenyataan media kepada mStar.

Dalam pada itu, ahli kumpulan Dolla yang lain iaitu Angel, Sabronzo dan Tabby berkata tiada masalah di antara mereka berempat yang menyebabkan Syasya mengambil keputusan itu.

Malah mereka masih mengganggap Syasysa seperti adik dan akan sentiasa memberikan sokongan terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau dah international” - Dolla cetus fenomena selepas persembahan ‘Show It All’, Syasya diserbu peminat di China

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tuduhan mabuk satu fitnah, Syasya Dolla jawab dakwaan bersikap tidak profesional... “Itu video lama”

“Hubungan kami berempat sangat erat, kami masih menganggap Syasya sebagai adik kami dan akan terus memberikan sokongan terhadapnya,” jelasnya.

Sementara itu, tiga ahli yang lain berkata mereka tetap akan berikan terbaik dan berharap peminat terus mendoakan Dolla.

“Kami tetap akan memberikan komitmen penuh untuk teruskan perjalanan Dolla dan terus berusaha untuk berikan yang terbaik untuk peminat dan rakan media yang telah menyokong Dolla selama ini.

NP-15

Angel, Sabronzo dan Tabby doakan yang terbaik buat Syasya.

“Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan penghargaan kami terhadap sokongan anda semua sepanjang kerjaya Dolla setakat ini, serta kata-kata semangat untuk kami kekal berjuang.

“Kami berharap kami akan tetap melangkah jauh di perjalanan kami bersama,” katanya.

Untuk rekod, Dolla ditubuhkan pada April 2019 selepas Angel, Sabronzo, Tabby dan Syasya digabungkan menerusi sesi uji bakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain