suria

Status halal bukan lesen buat sesuka hati, netizen tegur Shima Anuar upload foto cium suami

Perkongsian foto Shima bercium dengan suami menerima teguran netizen.

TINDAKAN pelakon Shima Anuar berkongsi foto bercium dengan suaminya iaitu Solih Toha di Instagram mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Pelakon filem 7 Petala Cinta itu berkucupan mesra di sebalik dinding yang tertera tulisan 'kiss here' (cium di sini) dipercayai ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33.

Ramai berpendapat walaupun pasangan itu adalah suami isteri yang sah namun bagi menghormati bulan Ramadan, Shima tidak sepatutnya memuat naik foto tersebut untuk tatapan umum.

WhatsApp Image 2024-04-08 at 1.05.31 PM

Netizen kurang senang dengan tindakan Shima memuat naik foto bercium di Instagram.

"Rasanya tak patut muat naik gambar itu kepada umum. Boleh kongsi foto sopan sikit. Lagi-lagi sekarang bulan Ramadan.

"Lebih baik padam sahaja gambar pertama itu (merujuk foto bercium). Tak perlu tayang benda tidak sepatutnya walaupun suami isteri," komen netizen.

Shima dan Solih ketika ini dipercayai berada di Melbourne, Australia.

ARTIKEL BERKAITAN: Shima Anuar timang cahaya mata ketiga, anak pertama paling 'happy' dapat adik lelaki lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Muntah dan batuk teruk, anak sulung Shima Anuar masuk hospital akibat jangkitan kuman

Sementara itu, Shima atau Noor Hashimah Anuar meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik malah perkahwinan mereka turut dilengkapi dengan kehadiran tiga orang cahaya mata.

Tidak hanya itu, pasangan tersebut turut meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang masuk tahun ketujuh dan kebetulan sama dengan hari kelahiran Shima.

"33 tahun muda, tujuh tahun perkahwinan bersama lelaki baik dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

shima2 - 1

Shima menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-33.

"Selamat hari lahir buat saya dan selamat ulang tahun perkahwinan buat kami," katanya.

Untuk rekod, Shima mendirikan rumah tangga dengan Solih pada 8 April 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Marian Sophia, 5, Mikhael Iman, 4, dan Harris yang kini berusia enam bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain