suria

[V] Tuduhan mabuk satu fitnah, Syasya Dolla jawab dakwaan bersikap tidak profesional... “Itu video lama”

BAGAIKAN tidak pernah lekang dengan kontroversi, salah seorang anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya sekali lagi menerima kecaman netizen baru-baru ini apabila dikatakan mengambil minuman keras ketika hadir dalam sebuah acara hiburan.

Menafikan hal tersebut, Syasya atau Noorsyasya Afiqah Sharizal, 22, berkata video tular itu merupakan satu fitnah bertujuan menjatuhkan imejnya.

"Video itu dah lama, ia dirakam ketika saya menghadiri acara melibatkan artis luar negara. Memang ada dihidangkan alkohol namun saya tidak pegang atau minum.

syasya dolla 3

Syasya sentiasa jaga nama baik keluarga.

"Jadi kenyataan yang kononnya mengatakan saya mabuk itu adalah satu fitnah. Tiada video pun yang memperlihatkan saya minum. Kalau betul ada bukti, saya akan jelaskan," katanya kepada mStar.

Bukan itu sahaja, namanya turut menjadi sebutan ramai apabila dilihat bersikap sambil lewa atau tidak profesional ketika muncul dalam sebuah temu bual bersama media.

Menurutnya suntingan video yang tular di media sosial itu telah menimbulkan salah faham dalam kalangan peminat sehingga ada yang menghentam tanpa mengetahui cerita sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN: Rozie Othman nenek yang ‘cool’, Syasya Dolla lapang dada ditegur imej seksi

ARTIKEL BERKAITAN: Lincah Dolla menari di lintasan jalan kaki Bukit Bintang, cara promosi ‘Damelo’

"Kalau lihat video penuh, saya sentiasa senyum sepanjang temu bual itu dan saya berpewatakan seperti biasa.

"Mungkin disebabkan suntingan yang tersebar di media sosial, ramai yang salah faham.

"Saya minta maaf kalau ada yang anggap saya kurang ajar. Selepas ini saya akan lebih profesional," jelasnya.

Saya minta maaf jika yang tersebar sebelum ini membawa ajaran buruk kepada golongan remaja

SYASYA DOLLA

PENYANYI

Tambah Syasya sebagai seorang selebriti dia sangat menitikberatkan mengenai tingkah laku supaya tidak menjejaskan nama baik sendiri serta kumpulan Dolla.

Dalam masa sama dia juga memohon orang ramai agar tidak mudah membuat penilaian menerusi video yang tersebar media sosial tanpa sebarang usul periksa.

syasya dolla 2

Syasya tidak mahu jejaskan nama Dolla.

"Orang-orang kenal rapat pasti tahu saya tidak akan melakukan perkara yang boleh memudaratkan populariti Dolla, nama baik agama dan juga keluarga. Saya bekerja mencari duit dan keluarga percayakan saya.

"Saya minta maaf jika yang tersebar sebelum ini membawa ajaran buruk kepada golongan remaja. Tidak semua perkara di internet boleh dipercayai. Perkara yang tersebar sebelum ini bukanlah diri saya yang sebenar," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain