suria

Lincah Dolla menari di lintasan jalan kaki Bukit Bintang, cara promosi ‘Damelo’

Dolla menari di Bukit Bintang raih perhatian ramai.

TERUS menerus mencipta nama, kumpulan Dolla yang dianggotai empat wanita berbakat kembali mendapat perhatian ramai menerusi lagu terbaharunya berjudul Damelo.

Terbaharu, bersempena pelancaran lagu dan video muzik (MV) lagu berkenaan, Dolla secara eksklusif mempersembahkan video muzik Damelo berdurasi 15 saat di Billboard WOLO, Bukit Bintang.

Terkenal dengan kelincahan, Dolla yang dianggotai oleh Tabby, Sabronzo, Angel dan Syasya turut menari di hadapan Billboard di lintasan jalan kaki di Bukit Bintang.

Wolo

Promosi muzik video Damelo yang dipaparkan di billboard WOLO Bukit Bintang.

Menurut Universal Music Malaysia, usaha menari di hadapan Billboard itu merupakan idea daripada Dolla sendiri.

Katanya inisiatif tersebut cukup membanggakan buat syarikat rakaman Universal Music Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai peminat dari Sepanyol, inspirasi Dolla tampil single ‘Damelo’

ARTIKEL BERKAITAN: Bakat Dolla jadi perhatian dunia, bangga tersenarai dalam ‘Top 10 International Girl Groups’

Jelasnya, inisiatif yang dilancarkan ini juga bersempena dengan kempen TikTok challenge #DOLLADAMELO.

"Selain video 15 saat Dolla Damelo MV di Billboard WOLO Bukit Bintang, mereka juga menari di hadapan Billboard di lintasan pejalan kaki.

"Inisiatif ini juga daripada Dolla sendiri untuk meuar-uarkan sekali gus menzahirkan rasa bangga mereka apabila MV Damelo ditayangkan di Billboard.

1 (2)

Dolla tampil dengan single terbaharu Damelo.

"Apatah lagi, kawasan itu juga tumpuan orang ramai termasuk pelancong luar negara," katanya.

Bukan sahaja berjaya menambat hati pendengar di Malaysia namun video muzik Damelo juga menduduki tangga teratas di carta treding YouTube dan YouTube Music.

Malah di spotify pula Damelo berjaya menduduki playlist New Music Friday di beberapa buah negara seperti Korea, Singapore, Thailand, Filipina, Indonesia dan juga Vietnam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain