suria

“Kau dah international” - Dolla cetus fenomena selepas persembahan ‘Show It All’, Syasya diserbu peminat di China

Syasya diserbu peminat di China yang ingin bergambar dan memberinya hadiah.

SEJAK muncul menerusi program realiti Show It All di China, kumpulan Dolla tiba-tiba mendapat perhatian dalam kalangan penggemar muzik di negara berkenaan.

Salah seorang anggotanya iaitu Syasya berkata, dia bersama ahli Dolla yang lain turut berasa terkejut dengan penerimaan dan sambutan luar biasa diberikan kepada mereka sepanjang berada di sana.

Malah kata pemilik nama sebenar Noorsyasya Afiqah Sharizal, 33, ini, pada hari terakhir berada di China, dia disapa oleh peminat yang mengejarnya untuk memberi hadiah sebagai tanda kenang-kenangan.

Kata Syasya, dia pada awalnya terkejut dengan situasi berkenaan kerana pada awalnya menyangka peminat tersebut menegur orang yang salah.

dolla2 - 1

Dolla ketika membuat persembahan di Show It All China.

"Hari terakhir di China sebelum pulang ke Malaysia dan ini yang berlaku. Mereka malah memberikan saya hadiah.

"Peminat di China sangat comel. Mula-mula saya ingatkan mereka salah orang tetapi rupa-rupanya mereka memanggil nama saya," katanya.

Syasya berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian video berkenaan, Syasya dilihat melayani peminat dengan mesra termasuk ada yang mahu mengambil foto dan meminta autograf daripadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dolla diterima baik di China, teruja dapat kongsi ilmu dalam program realiti... "Kami pergi makan pun orang tegur"

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Dolla bakal berentap di China, muncul dalam video promo program realiti 'Show It All'

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa bangga melihat penerimaan yang diberikan kepada Dolla oleh peminat di China.

"Idol vibes, luaskan pengaruhmu Dolla. Terus menyala Dolla.

"Kau dah international dik, bangga akak dengan kau. Mana tahu lepas ni boleh buat konsert di China pula," tulis netizen.

Sebelum ini ketika ditemu bual mStar, Syasya berkongsi rasa teruja apabila kehadiran mereka di China menerima sambutan baik peminat di sana.

dolla1 - 1

Dolla semakin dikenali di China.

Kata Syasya, tawaran yang diterima daripada penerbit program Show It All China iaitu Exo Lay Zhang merupakan satu peluang besar untuk mereka mendapat pendedahan di luar negara.

Pada 28 Mac lalu, Dolla membuat penampilan pada episod pertama Show It All China yang bersiaran secara eksklusif di aplikasi Mango.

Dolla dipanggil sebagai kumpulan senior yang berkongsi dengan peserta bertanding mengenai pengalaman sepanjang bergelar anak seni.

Show It All China menampilkan beberapa kumpulan wanita baharu sebagai peserta termasuk Pixxie, BoysWorld, Bini dan G22.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain