suria

Baiknya hati Hun Haqeem! Anjur majlis buka puasa untuk 100 anak yatim, siap beli hadiah baju raya jenama popular

Hun teruja dapat berkongsi rezeki dengan anak-anak yatim di bulan Ramadan.

PELAKON Hun Haqeem mengeluarkan wang sendiri bagi menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim daripada Rumah Kasih Sayang, Bandar Tasik Puteri, Rawang pada Khamis.

Hun atau Haqeem Hermy, 26, bagaimanapun memberitahu dia terharu apabila majlis itu turut mendapat tajaan daripada sebuah restoran yang menyediakan juadah berbuka puasa untuk 100 anak-anak yatim daripada rumah kebajikan tersebut.

"Tujuan saya melakukan amal kebajikan ini adalah untuk memberi semula kepada masyarakat dengan berkongsi rezeki di bulan Ramadan.

"Saya memang suka melakukan CSR dan sebelum ini saya pernah menganjurkan kerja-kerja CSR untuk membersihkan kawasan sekolah.

hun1 - 1

Hun menyantuni anak-anak yatim sewaktu majlis berbuka puasa.

"Tahun ini kenapa tidak kongsi rezeki dengan anak-anak yatim. Saya pun sukakan kanak-kanak," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Dalam pada itu, pelakon drama W: Two Worlds ini juga tidak menyangka usaha murni itu turut mendapat sokongan beberapa syarikat korporat yang turut memberi sumbangan lain bagi menggembirakan hati anak-anak kurang bernasib baik itu.

Tidak hanya itu, Hun turut mengambil inisiatif menghadiahkan baju raya daripada jenama popular serta duit raya kepada penghuni rumah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya kawan biasa, Erysha Emyra puji Hun Haqeem lelaki berbudi bahasa dan lemah lembut

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hun Haqeem terkejut David Teo dedah kes saman kepada umum, tak mahu simpan dendam

"Asalnya saya memang biaya keseluruhan kos majlis iftar ini termasuk makanan untuk berbuka.

"Tetapi tak sangka ada restoran sudi menaja dengan memberikan makanan percuma termasuk minuman ringan daripada jenama popular.

"Selain itu saya turut belikan baju raya untuk anak-anak yatim serta memberikan mereka duit raya," ujarnya.

hun2 - 1

Hun turut menghadiakan baju raya dan duit raya kepada anak-anak yatim.

Besar juga harapan Hun agar lebih ramai selebriti dapat memainkan peranan dalam memberi sumbangan kepada golongan memerlukan pada masa depan.

Kata Hun tiada perasaan lebih baik daripada melihat mereka menikmati makanan enak dan membuatkan dia bersemangat untuk bekerja agar dapat berkongsi lebih banyak rezeki dengan golongan memerlukan.

"Saya pun ada juga menjemput rakan-rakan artis seperti Erysha dan Fimie. Rasa gembira apabila kami dapat sama-sama berkumpul meraikan anak-anak yatim.

"Saya rasa sangat gembira melihat wajah kebahagiaan mereka (anak-anak yatim) dan ia mewujudkan perasaan kepuasan selepas dapat berkongsi rezeki dengan orang lain," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain