suria

[V] Hun Haqeem terkejut David Teo dedah kes saman kepada umum, tak mahu simpan dendam

PELAKON Hun Haqeem mengakui terkejut apabila bekas pengurusannya iaitu MIG dan penerbit David Teo mendedahkan mengenai saman sebanyak lebih RM600,000 berhubung isu penamatan kontrak tiga tahun lalu.

Kata Hun atau Haqeem Hermy, 26, sepanjang tempoh perbicaraan itu berlangsung, dia memilih untuk mendiamkan diri dan tidak menyangka pihak berkenaan menghebahkan kepada umum, baru-baru ini.

"Saya terkejut juga kerana kes ini dah berjalan sejak 2020. Semasa perbicaraan pertama dan keputusan memihak kepada saya, saya pun tak ada buat apa-apa kenyataan sebab ia berbalik kepada matlamat saya untuk menjaga nama baik industri.

hun 1

Hun terkejut dengan pendedahan yang dibuat David.

“Bila tiba-tiba ia keluar, saya tertanya-tanya juga kenapa ia muncul semula,” katanya kepada mStar.

Hun berkongsi perkara itu semasa ditemui di Majlis Tayangan Program Ramadan Astro 2024 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada petang Khamis.

Meskipun berdepan isu besar, Hun berkata dia enggan bermasam muka memandangkan industri hiburan Malaysia terlalu kecil untuk terus bermusuh.

Malah, dia tidak menyimpan dendam dan bersedia menyelesaikan masalah tersebut dengan lebih profesional.

ARTIKEL BERKAITAN: MIG menang rayuan kes langgar kontrak, Hun Haqeem diminta bayar ganti rugi RM600,000

ARTIKEL BERKAITAN: Hun Haqeem selamat jalani pembedahan ACL, rehat sampai hujung tahun... Hairul Azreen siap kongsi tutorial gerak kaki

“Semasa di mahkamah, kalau David ada, saya salam. Saya okay sahaja dengan dia. Tak simpan dendam sebab dunia ini kecil sahaja. Saya tak mahu buat benda tak baik kepada orang kerana kita akan berjumpa semula.

“Kita semua mesti nak selesaikan benda ini dengan baik. Apa sahaja perintah mahkamah, saya turutkan. Saya tak pernah mengelak atau apa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hun memberitahu kesihatan mentalnya sedikit terganggu dengan perkara yang berlaku memandangkan ia berlaku pada pandemik.

Malah, dia terkilan dengan apa yang berlaku kerana mereka sepatutnya bersama-sama menaikkan nama industri seni.

2553168

David tuntut ganti rugi sebanyak RM613,950 kepada Hun.

“Sebelum ini, saya pernah kongsikan mengenai kesihatan mental yang terganggu. Sewaktu PKP, kita tak boleh buat apa-apa dan pada masa sama disaman.

“Sedikit sebanyak rasa terkilan sebab saya cuma nak mengharumkan nama industri sebab ada banyak potensi. Kita ada banyak platform dan sebagainya.

“Tapi, hujung-hujung, kita menikam sesama sendiri sedangkan boleh bantu naikkan satu sama lain,” jelasnya.

Sebelum ini, penerbit David Teo mendedahkan mengenai kemenangannya atas kes saman terhadap Hun dan pelakon itu diperintahkan membayar sejumlah ganti rugi sebanyak RM613,950.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain