suria

MIG menang rayuan kes langgar kontrak, Hun Haqeem diminta bayar ganti rugi RM600,000

Hun (kanan) diperintah bayar ganti rugi kepada syarikat MIG.

PELAKON Hun Haqeem diminta membayar ganti rugi sebanyak RM613,950 kepada Metrowealth International Group (MIG) susulan melanggar kontrak bersama syarikat berkenaan tiga tahun lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan pengarah urusan MIG, David Teo selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan memihak kepada syarikat itu pada 27 November 2023.

"Rayuan yang difailkan berpihak kepada kami dan Hun diarahkan membayar ganti rugi berjumlah RM613,950 dengan syarat kami tampilkan bukti kos kerugian.

david teo 1

David sifatkan Hun sebagai kacang lupakan kulit.

"Dia juga diminta membayar kembali wang berjumlah RM30,240 iaitu bayaran tunggakan kepadanya yang pernah kami bayar sebelum ini," katanya kepada mStar.

Menurut David, Mahkamah Sesyen yang mendengar kes tersebut sebelum ini mengetepikan kes pelanggaran kontrak pelakon berkenaan dan MIG perlu membayar baki tunggakan terbabit kepada Hun.

Bagaimanapun, MIG mengemukakan rayuan yang memperlihatkan keputusan berpihak kepada syarikat tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Hun Haqeem selamat jalani pembedahan ACL, rehat sampai hujung tahun... Hairul Azreen siap kongsi tutorial gerak kaki

ARTIKEL BERKAITAN: Hun Haqeem dedah punca nampak kurus, hilang 10 kilogram demi drama adaptasi W: Two Worlds

Hun atau Haqeem Hermy, 26, sebelum ini didakwa melanggar kontrak perkhidmatan selama lima tahun bersama MIG.

Ia susulan Hun bertindak keluar daripada pengurusan MIG ketika kontraknya masih berbaki dua tahun.

Sementara itu, David memberitahu dia bertegas dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap Hun kerana menyifatkan pelakon itu sebagai lupa diri ketika namanya berada di puncak populariti.

Ketika itu banyak tawaran kerja termasuk menjadi duta ditolak dan disebabkan itu kami mengalami kerugian

DAVID TEO

PENERBIT

"Dia sudah tanda tangan kontrak, jadi dia tetap salah. Dia keluar ketika nama sedang meletup. Bagai kacang lupakan kulit.

"Ketika itu banyak tawaran kerja termasuk menjadi duta ditolak dan disebabkan itu kami mengalami kerugian.

"Nilai tersebut yang akan kami kira semula untuk dihantar ke mahkamah," ujarnya.

hun haqeem 2

Hun dikatakan meninggalkan MIG ketika nama sedang popular.

Penerbit itu bagaimanapun memaklumkan Hun sudah membayar separuh daripada ganti rugi berjumlah RM30,240.

Untuk rekod Hun menamatkan kontrak bersama MIG pada tahun 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain