suria

[V] Dituduh terlibat dalam aktiviti ‘swinger’, Emma Maembong malas layan - “Saya dan fitnah macam bestfriend”

PELAKON Emma Maembong tidak melatah apabila namanya disebut terlibat dalam aktiviti tidak bermoral iaitu 'swinger' atau bertukar-tukar pasangan bagi tujuan melakukan hubungan seks.

Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 32, sebaliknya enggan melayan gosip tersebut memandangkan dakwaan dibuat itu bukan dia dan suami.

"Kalau benda itu tidak ada kena mengena dengan Emma, saya tidak akan respon atau layan pun. Buat apa kita nak melatah?

EMMA 1

Emma tidak melatah dengan sebarang gosip yang melanda terhadapnya.

"Benda kalau betul memang sudah viral daripada dulu lagi," katanya kepada mStar.

Emma menjawab fitnah dilemparkan terhadapnya dan suami ketika menghadiri majlis doa selamat dan sidang media filem Jangan Pandang Belakang 2 pada petang Isnin.

Sedar akan kewujudan fitnah tersebut, Emma bagaimanapun memilih mendiamkan diri kerana ia tidak mempunyai kaitan dengan dia dan suami iaitu Muhammad Shazli Azhar.

Emma juga enggan memanjangkan isu tersebut kerana tidak mahu anak-anak terganggu dengan cerita kurang enak tentangnya apabila mereka sudah bijak membuat carian di internet.

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong selamba dukung anak sulung, netizen tegur ibu baru bersalin tak boleh angkat berat

ARTIKEL BERKAITAN: Tak berpantang sampai tumpah darah palsu, Emma Maembong upah bidan jaga selepas bersalin

Malah katanya, dia juga sudah lali dengan pelbagai dakwaan dan fitnah dilontarkan kepadanya sejak bergelar seorang selebriti 12 tahun lalu.

"Saya sudah ada anak, saya tidak mahu anak saya membesar baca benda tidak elok. Kalau benda itu betul, saya sendiri akan cakap sama ada benar atau sebaliknya.

"Setakat gosip, banyak lagi kontroversi yang datang 'tembak' saya sejak dulu. Sebelum kahwin saya cuba elak sebaik mungkin macam-macam cerita.

Kalau benda itu betul, saya sendiri akan cakap sama ada benar atau sebaliknya.

EMMA MAEMBONG

PELAKON

"Saya ini manusia biasa, saya bukan robot yang tidak buat apa-apa. Saya dengan fitnah macam sudah bestfriend," ujarnya.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, buat masa ini dia memilih untuk tidak memanjangkan isu kerana enggan ia berpanjangan.

Bagaimanapun sekiranya terdapat dakwaan atau fitnah melampaui batas, Emma tidak teragak-agak mengambil tindakan.

EMMA 3

Emma hanya fokus untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak.

"Sejujurnya saya malas nak layan tapi kalau terlampau sangat sudah tentu (ambil tindakan). Kita ada undang-undang.

"Tapi bila saya fikir kalau saya saman, mereka ada duit ke nak bayar? Saya tidak mahu ia berpanjangan," katanya.

Emma juga mengakui tidak terkesan dengan dakwaan tersebut dan masih bersyukur kerana rumah tangga yang dibina masih terjaga dan bahagia.

EMMA 2

Emma bahagia bersama suami disisi.

Mengulas mengenai filem Jangan Pandang Belakang 2, penerbit iaitu David Teo berkata, ia merupakan kesinambungan daripada Jangan Pandang Belakang.

David mengambil keputusan untuk menerbitkan filem tersebut selepas dia sendiri melalui beberapa pengalaman mistik yang difikir menarik untuk diketengahkan dalam sebuah karya seram.

Selain Emma, barisan pelakon yang turut menjayakan filem tersebut adalah Mawar Rashid, Iedil Putra, Alif Hadi, Khatijah Tan, Ruminah Sidek dan ramai lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain