suria

Tak berpantang sampai tumpah darah palsu, Emma Maembong upah bidan jaga selepas bersalin 

Emma tampil perjelaskan isu tak berpantang dengan cara yang betul.

PELAKON Emma Maembong meluahkan rasa kecewa apabila netizen menuduhnya tidak berpantang dengan cara betul selepas melahirkan anak keduanya iaitu Shakil Aryan Shah pada 10 Mei lalu.

Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 31, berkata, dia pada awalnya malas melayani komen tersebut namun tuduhan dilemparkan tidak berasas sehingga merasakan dia perlu tampil memberi penjelasan.

"Saya tak faham kenapa isu saya berpantang ini 'beriya' sangat (diperkatakan). Sesiapa yang nasihat saya secara baik, saya fikir mungkin mereka sayang dan ambil berat.

"Tapi ada yang beriya-iya komen sampai macam marah... seolah-olah mereka duduk sebelah saya dan tahu saya berpantang atau pun tidak," katanya menerusi perkongsian di TikTok.

345479288_238827892068090_6626318928732550414_n

Emma tampil perjelaskan tuduhan tak berasas netizen.

Jelas Emma, dakwaan dia menangis dan tumpah darah tidak benar malah keadaan kesihatannya dalam keadaan baik sejak melahirkan anak.

Bukan itu sahaja, dia juga mendapatkan khidmat pakar untuk menjaganya sepanjang tempoh berpantang.

"Alhamdulillah saya sihat, tiada pun sampai yang kata saya menangis, tumpah darah... itu semua palsu. Saya berpantang, jangan risau.

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong selamba dukung anak sulung, netizen tegur ibu baru bersalin tak boleh angkat berat

ARTIKEL BERKAITAN: Shariq dah jadi abang! Emma Maembong selamat timang bayi lelaki

"Saya berpantang dengan confiment lady. Saya dah buat semua benda seperti bertungku, tangas, urut, sauna dan pakai bengkung," jelasnya.

Tidak mahu netizen salah anggap lagi, Emma menjelaskan bahawa dia tidak mengalami sebarang luka semasa melahirkan anaknya membuatkannya mampu aktif seperti biasa.

Malah dia juga berhati-hati dalam menjaga pergerakkan sekali gus berharap netizen memahami agar bahawa setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam berpantang.

Saya bersalin secara normal tapi tiada yang koyak dan tak kena jahit.

EMMA MAEMBONG

PELAKON

“Alhamdulillah daripada anak pertama sampai anak kedua, saya bersalin secara normal tapi tiada yang koyak dan tak kena jahit. Jadi, saya geraklah sikit-sikit. Sebenarnya ikut atas badan masing-masing.

“Saya dah biasa kerja. Masa saya mengandung pun saya kerja dan aktif. Bila aktif saya cepat sihat dan cepat sembuh sebab pemakanan pun kena jaga.

“Cuma saya taklah sertai marathon. Takkanlah sebab orang lain tak boleh nak bangun atau bergerak, dia nak samakan dengan saya. Tak payah beriya-iya samakan cara orang berpantang,” ujarnya.

342060028_588611093231879_4944534765868318340_n

Aksi Emma dukung anak sulung selepas bersalin jadi perhatian.

Sebelum ini, aksi Emma yang bersahaja mengendong anak sulungnya iaitu Shariq Gabriel, 2 tahun semasa majlis aqiqah putra keduanya meriah perhatian ramai.

Pada 10 Mei lalu, suami Emma iaitu Muhammad Shazli memaklumkan isterinya selamat bersalin secara normal dan anak kedua mereka itu dilahirkan dengan berat 3.4 kilogram.

Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli pada 20 Februari 2020.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain