suria

[V] Wajah jadi rebutan jenama antarabangsa... Meerqeen tak gila duit, paling penting jaga reputasi

PELAKON Meerqeen tidak pernah meletakkan harga tinggi bagi tawaran diberikan kepadanya meskipun sejak kebelakangan ini namanya sentiasa menjadi pilihan jenama antarabangsa.

Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, berkata, dia tidak pernah meletakkan wang ringgit sebagai perkara utama sebaliknya lebih tertarik dengan kualiti sebelum membuat keputusan dalam setiap tawaran diberikan kepadanya.

"Saya tak pilih duit tapi mementingkan kualiti dalam sesuatu perkara saya buat. Sebagai contoh saya terima tawaran berlakon jika watak diberikan kena dengan minat meskipun bayarannya tidak setimpal.

"Tiada isu tentang harga tinggi atau saya utamakan duit. Saya lebih melihat kepada kualiti sesebuah karya yang ditawarkan kepada saya.

meerqeen 1

Meerqeen kini semakin mendapat perhatian jenama mewah antarabangsa.

"Dalam pemilihan jadi duta sesuatu jenama pun saya ikut kesesuaian personaliti diri, kenalah sesuai dengan apa saya suka," katanya kepada mStar.

Meerqeen ditemui ketika Majlis Aidilfitri Civicas Networks yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.

Tambah aktor ini apabila mula menjadi perhatian jenama besar antarabangsa, dia juga perlu sentiasa menjaga reputasi dan nama baik supaya terus disenangi banyak pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] ‘Nenek Bongkok Tiga’ bongkar kisah silam Meerqeen, sampai tak mandi dan biar wajah berjerawat

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bimbang tak mampu kawal diri, Meerqeen pasang ‘bodyguard’ untuk elak kelakuan buruk

“Apabila bekerja dengan jenama-jenama besar yang dikenali ramai orang, saya kenalah berhati-hati menjaga nama sendiri.

“Apa sahaja yang dilakukan perlu berjaga-jaga supaya imej sentiasa baik,” ujarnya.

Bertemu dengan pelakon drama Melur Untuk Firdaus ini, soalan berkaitan hubungan rapatnya dengan aktres Anna Jobling pasti akan terus menjadi perhatian.

Saya tak pilih duit tapi mementingkan kualiti dalam sesuatu perkara saya buat.

MEERQEEN

PELAKON

Tidak pernah meletakkan status hubungan istimewa antara mereka, Meerqeen juga lebih selesa mengelak jika ditanya soal cinta.

“Saya tidak pernah declare apa-apa pun,” jawabnya ringkas.

Status hubungan Meerqeen dan Anna terus menjadi tanda tanya kerana sering muat naik gambar bersama.

meerqeen 3

Status hubungan Meerqeen dan Anna terus menjadi tanda tanya kerana sering muat naik gambar bersama.

Dalam perkembangan lain, kata Meerqeen dia kini mengambil tempoh rehat dari terlibat dengan sebarang penggambaran selepas lebih empat tahun bergelar anak seni.

“Saya rehat bermula awal Mei hingga Ogos nanti. Hanya rehat dari dunia lakonan tapi masih ada kerja-kerja lain yang tertangguh perlu diselesaikan.

“Lebih baik saya siapkan semua kerja itu dan apabila masuk set semula tak perlu nak fikir lagi akan hal tersebut,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain