suria

[V] DJ Sonic perjelas disangka dapat hadiah kereta, dedah kebaikan Fazura yang tak ramai ketahui

TINDAKAN penyampai radio DJ Sonic memuat naik foto sebuah kereta berwarna merah jambu dengan lambang nama Fazura menimbulkan pelbagai pertanyaan dalam kalangan pengikutnya sama ada kenderaan itu dihadiahkan aktres tersebut kepadanya.

Sonic atau Awang Suffian Awang Hussein menjelaskan dia berkongsi foto tersebut hanya untuk berterima kasih kepada Fazura namun menyangkal dakwaan menerima kereta itu daripada Fazura.

"Sebenarnya ramai tanya dan DM tentang kereta itu, adakah Fazura yang memberikan kereta berkenaan. Untuk maklumkan sebenarnya kereta itu adalah milik Fazura.

"Kereta itu digunakan semasa lawatan pada bulan puasa. Saya adalah orang pertama yang pakai kereta itu," katanya kepada mStar.

275288682_678325933292867_7143188887982734297_n

Kongsi gambar kereta Fazura sebagai tanda terima kasih.

Sonic berkongsi perkara itu ketika ditemui di rumah terbuka SOCC Holdings Sendirian Berhad pada petang Rabu.

Mengulas lebih lanjut, Sonic memberitahu dia memuat naik gambar tersebut untuk berterima kasih atas bantuan yang diberikan Fazura kepadanya sepanjang perkenalan mereka.

Jelas Sonic, Fazura sememangnya banyak memberi hadiah kepadanya namun tidak didedahkan kepada media sosial atas pemintaan aktres itu sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura, Fattah bergilir jaga anak semasa sahur... Mahu fokus ibadah dan perniagaan tudung

ARTIKEL BERKAITAN: Letih asyik dapat watak rebut lelaki, Fazura buka syarikat produksi sendiri

"Apabila hari raya saya tak berkesempatan untuk bertemu dengan Fazura. Jadi saya ambil gambar tersebut untuk saya ucapkan terima kasih kepada Fazura.

"Dan sebenar-benarnya Fazura yang banyak bantu saya, Fazura ini yang banyak ambil saya. Daripada saya tak dikenali tapi sepanjang saya kenal Fazura sejak 2017, dia yang banyak lonjakkan nama saya.

"Saya nak berterima kasih dengan cara itu sahaja cara terbaik saya berterima kasih kepada dia dengan saya baring atas nama Fazura," jelasnya.

Menceritakan keperibadian pelakon filem Pisau Cukur itu, Sonic mendedahkan Fazura seorang yang merendah diri malah sering memberinya hadiah sebagai tanda persahabatan.

Daripada saya tak dikenali tapi sepanjang saya kenal Fazura sejak 2017, dia yang banyak lonjakkan nama saya.

DJ SONIC

PENYAMPAI RADIO

Pun begitu kata Sonic, Fazura sering melarangnya untuk memuat naik pemberiannya di media sosial kerana apa dilakukan adalah ikhlas dari hati.

"Fazura ini seorang yang bagus dia merendah diri, setiap apa yang dia berikan kepada saya takkan letak di media sosial. Dia pun tak benarkan kami untuk ambil video dan letakkan di media sosial. Dia selalu kata tak payah.

"Mungkin satu hari nanti Fazura akan beri kereta pada saya, mungkin. Kita doakan yang terbaik," jelasnya.

Tambah Sonic, dia tidak memandu kereta berkenaan sebaliknya Fazura juga menyediakan pemandu untuk membawanya ke lokasi lawatan sekali gus mengakui banyak kenangan bersama tim Fazura bersama kenderaan tersebut.

Dj Sonic berkenalan dengan Fazura sejak 2017.

Sonic berkata, Fazura juga membantu dia sekeluarga terutama dalam kesihatan ayahnya yang bergantung dengan ubat ubatan setiap bulan.

"Saya tidak memandu kereta itu, tapi ada tim Fazura yang pandu kereta itu. Jadi kereta itu digunakan apabila keluar. Bila saya ke lokasi-lokasi lawatan, saya naik kereta itu dan ia banyak kenangan kepada saya dan tim Fazura.

"Fazura ada berikan saya sesuatu, hanya saya dan Fazura sahaja yang mengetahuinya. Dia banyak sangat membantu keluarga saya, sejak saya berkenalan dengan dia... saya tiada masalah nak beli ubat untuk ayah saya setiap bulan," ujarnya.

Sebelum ini, Sonic ada memuat naik foto bersama berlambang Fazura sekali gus berterima kasih membuatkan ramai beranggapan dia menerima kereta daripada aktres berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain