suria

‘Scalper’ jual tiket Coldplay RM43,000! Peminat geram minta penganjur tambah tarikh konsert 

Peminat mahu Coldplay anjurkan konsert selama dua hari.

PEMINAT mendesak penganjur konsert kumpulan Coldplay menambah sehari lagi tarikh Music of the Spheres World Tour susulan gagal membeli tiket menonton persembahan mereka pada November depan.

Disebabkan tidak berpuas hati, peminat turut menanda akaun rasmi Coldplay dan penganjur iaitu Live Nation serta GoLive Asia di Twitter agar permintaan mereka itu ditunaikan.

Menerusi pelbagai ciapan di Twitter, ramai meluahkan rasa kecewa kerana gagal mendapatkan tiket secara menunggu barisan secara dalam talian selama berjam-jam namun tidak berpeluang membeli tiket.

"Hari ini pun kita hampa. Entah apa-apa Live Nation. Buat dua hari la konsert Coldplay. Tiga hari pun lagi bagus. Populasi membesar dengan Coldplay ini ramai.

WhatsApp Image 2023-05-18 at 11.24.20 AM

Peminat meluah perasaan tidak puas hati di Twitter.

"Come on, tambah hari kedua please. Banyak peminat yang tak dapat beli, boleh dapatkan tiket.

"Negara Eropah sampai empat hari konsert Coldplay. Kenapa tidak Malaysia sekurang-kurangnya dua hari. Tolong pertimbangkan," antara komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: "Mungkin sebab saya tak ada title PU"... Baby Shima lantang isu pendakwah bantah konsert, tiada niat hina agama

ARTIKEL BERKAITAN: Slam tak puas hiburkan peminat, bakal anjurkan konsert 'Nurkasih' Ogos depan

Dalam pada itu, tindakan beberapa individu menjual semula tiket yang dibeli dengan harga tinggi turut mengundang kecaman orang ramai.

Malah terdapat kumpulan menggelar diri mereka sebagai 'scalper' atau pembeli tiket hantu dilaporkan menjual dengan harga mencecah RM43,000.

Laman rasmi kelab peminat Coldplay di Twitter turut mengingatkan peminat untuk tidak membeli tiket daripada reseller bagi mengelakkan penipuan.

coldplay2 - 1

Peminat kecewa tidak dapat menonton konsert Coldplay.

"Ada kawan kita dah hilang lebih RM1,000 macam tu saja dekat scammer. Admin dah pesan berkali-kali jangan layan reseller atau scalper sekarang ni.

"Siapa yang belum sign petisyen, tolong lakukan guys. Jom kita sasarkan sehingga 50,000 atau 80,000. Let's do this!," tulisnya.

Konsert berkenaan bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 November depan dan sebanyak 85,000 tiket sudah pun habis terjual dalam tempoh tiga jam.

Konsert siri jelajah itu juga bakal dianjurkan di negara Asia terdekat seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain