suria

[V] Usahawan tak sanggup lagi nak menipu, dakwa pertunangannya dengan Zarina Anjoulie hanyalah rekaan

USAHAWAN Datuk Khazrul Elzey mendedahkan ikatan pertunangannya dengan Zarina Anjoulie sebelum ini adalah sekadar rekaan yang dirancang aktres berkenaan.

Khazrul, 46, mendakwa kisah pertunangan mereka adalah bertujuan untuk Zarina melonjakkan kembali namanya dalam industri hiburan tempatan.

"Sebenarnya fasal tunang ini semuanya hanyalah satu rancangan Anju (panggilan Zarina) bagi melonjakkan kembali namanya.

"Selepas enam bulan dia putus tunang, dia kembali memujuk saya untuk membantunya. Jadi saya tolonglah sebab saya sayangkan dia.

1945256

Khazrul mendedahkan hubungan mereka tidak mendapat restu keluarga Zarina.

"Saya tidak mahu salahkan sesiapa kerana niat saya hanya ingin membantunya," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Khazrul memberitahu dia tidak melihat ada sebarang ruang meneruskan hubungan mereka dan dia ingin menghentikan penipuan yang sudah berlarutan terlalu lama.

Malah Khazrul menyifatkan hubungannya dengan Zarina sebagai toksik dan sudah tidak mahu mempunyai sebarang kaitan dengan pelakon kontroversi itu selepas ini.

"Ini adalah hubungan yang toksik. Saya sudah tidak mahu terlibat lagi. Jodoh di antara kami mungkin tidak ada.

ARTIKEL BERKAITAN: "Papa dan mama dah kembali!" - Zarina Anjoulie berbaik dengan bekas tunang, minta peminat sedia dengan 'drama' mereka

ARTIKEL BERKAITAN: "Papa tak mahu mama bergaduh"... Tunang buat video pujuk Zarina Anjoulie, minta henti berbalah dengan Fathia Latiff

"Sampai bila saya nak bantu dia menipu diri sendiri? Saya tak mahu teruskan sebab sudah penat nak hadap benda ini," ujarnya.

Tambahnya, hubungan mereka juga dilanda pelbagai masalah termasuk tidak mendapat restu daripada ibu Zarina iaitu Norzaini Abdul Hamid.

"Masyarakat di luar sana banyak mendoakan saya mendirkan rumah tangga dengan Anju. Nak nikah di mana-mana pun boleh tapi masalahnya kena ada restu ibu.

"Saya dan Anju mungkin tak boleh bersama lagi sebab bagi saya restu keluarga itu sangat penting," jelasnya.

Selepas enam bulan dia putus tunang, dia kembali memujuk saya untuk membantunya.

DATUK KHAZRUL ELZEY

USAHAWAN

Sementara itu, Khazrul memberitahu dia pernah menasihatkan Zarina agar tidak lagi mencetuskan atau melibatkan diri dalam sebarang kontroversi namun aktres itu tidak mengendahkan permintaannya.

Khazrul memberitahu tindakan Zarina mencetuskan pelbagai kontroversi sebelum ini turut memberi impak negatif kepada kerjayanya sebagai usahawan.

"Impaknya sangat negatif terhadap bidang kerja saya. Contohnya ada satu kes Anju dengan seorang pelakon, bercakap tentang perkara-perkara mengarut.

"Perkara tersebut telah mendapat liputan media. Bos-bos saya semuanya ada media sosial dan tahu tentang kontroversi yang terkait dengan Anju.

anju1 - 1

Khazrul hanya menuruti permintaan yang dibuat oleh Zarina.

"Mereka akan tanya kepada saya apa yang berlaku dan saya perlu terangkan semuanya. Jadi perkara itu tidak baik untuk diri dan kerjaya saya," ujarnya.

Pada 26 Januari 2023, Zarina mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan dengan Khazrul namun tidak lama selepas itu, mereka tiba-tiba mengakhiri hubungan tersebut.

Khazrul menerusi TikTok memberitahu dia bukan lelaki terbaik yang boleh bergelar suami kepada Zarina dan tidak menjelaskan punca sebenar hubungan mereka berakhir dengan perpisahan.

Bagaimanapun, pada September tahun lalu Zarina mengesahkan sudah kembali ke pangkuan Khazrul dan turut dilihat meraikan ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada 9 September bersama lelaki berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain