suria

Minus one dengan ‘key’ lebih tinggi punca nyanyian sumbang, The Gadys tenang berdepan kecaman

The Gadys terima dengan hati terbuka nyanyian live dikritik netizen.

KUMPULAN The Gadys terbuka menerima kritikan diberikan susulan nyanyian sumbang mereka ketika tampil dalam sebuah program siaran langsung baru-baru ini.

Tenang berdepan dengan kecaman, kumpulan yang dianggotai oleh Aznie, Ayunie dan Thamiera sebaliknya memilih untuk tidak memanjangkan isu tersebut dengan memberi alasan berhubung persembahan tersebut.

Perkara tersebut dimaklumkan pihak pengurusan The Gadys yang dalam masa memberitahu kumpulan tersebut mengakui kesilapan mereka pada acara berkenaan.

“Mereka tenang berdepan dengan kritikan dilemparkan, mereka baca sedikit sebanyak komen tetapi memilih untuk tidak panjangkan.

553 (1)

The Gadys dianggotai oleh (dari kiri) Aznie, Thamiera dan Ayunie.

“Mereka akui kesilapan dan akan berusaha untuk memantapkan lagi vokal.

"Mereka ada mengikuti kelas vokal tapi dengan apa yang berlaku mereka akan tingkatkan lagi latihan,” jelas pihak pengurusan dalam satu kenyataan media kepada mStar pada Sabtu.

Kumpulan tersebut menerima kecaman teruks apabila menyanyikan medley lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia, Cinta Sampai Mati dan Gadis Dan Bunga dalam acara KNKV Viral Award yang berlangsung pada 20 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 anggota The Gadys undur diri, anak saudara Stacy jadi pengganti

ARTIKEL BERKAITAN: Nak hilang rasa takut, kanak-kanak nyanyi lagu ‘Jangan Mati Rasa Itu’ ketika disuntik... Reaksi Aina Abdul curi perhatian

Video nyanyian mereka kembali dikongsi di sosial media dan ramai menganggap The Gadys tidak layak menyanyi secara langsung.

Tampil menjelaskan perkara sebenar pihak pengurusan juga memberitahu berlaku masalah teknikal ketika malam persembahan.

“Apa yang berlaku sebenarnya membabitkan sedikit kesilapan teknikal. Sebenarnya sewaktu latihan, mereka berlatih menggunakan minus one berbeza dengan key lebih rendah.

“Bagaimanapun pada hari kejadian, produksi menggunakan minus one mereka dengan key lebih tinggi. Apapun kami tak menyalahkan pihak produksi dan mengakui kekurangan,” ujarnya.

The Gadys sudah cuba memberikan yang terbaik dalam persembahan.

Dalam masa sama, kumpulan ini juga meminta orang ramai tidak terlalu cepat mengkritik hanya kerana video yang tersebar.

Malah peminat juga boleh melihat persembahan mereka terdahulu dan menilai kemampuan vokal yang dimiliki.

“Tiga hari sebelum itu mereka ada buat persembahan di acara lain dengan live band tapi persembahan mereka lancar saja, mungkin orang ramai boleh cari di YouTube untuk bandingkan.

“Janganlah terus mengkritik sebaliknya berilah peluang pada The Gadys untuk perbaiki lagi mutu nyanyian mereka,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain