suria

[V] Hubungan dengan model hanya kawan, gosip cinta ganggu kerjaya Zizan Razak

PELAKON Zizan Razak lebih selesa tidak mengulas mengenai sebarang isu berkaitan peribadi yang boleh menjejaskan perjalanan karier seninya.

Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, 40, berkata, dia bimbang sekiranya peminat lebih fokus kepada isu tidak penting berbanding usahanya terhadap industri seni tempatan.

"Bukan mengelak tapi bila isu yang tidak perlu saya jawab, ia akan jadi bualan semula.

"Bagi saya ia perkara mengarut dan kalau benar, saya tiada masalah untuk jawab soalan mengenainya.

zizan razak 3

Zizan jelaskan hubungan dengan model bernama Nureen hanya sekadar rakan.

"Saya takut orang lebih pandang kepada gosip dan menganggu kerja dan apa sedang saya usahakan," katanya kepada mStar.

Zizan ditemui pada majlis tayangan perdana program Raya Astro yang berlangsung di Petaling Jaya baru-baru ini.

Pelakon filem Polis Evo itu berkongsi perkara itu sebagai menjawab isu kononnya sedang rapat dengan seorang model dikenali sebagai Nureen Qaiisara seperti heboh diperkatakan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering dilihat berdua, model muslimah dikaitkan cinta hati Zizan Razak

ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Razak kini lebih tenang bercakap soal jodoh, takut kisah cinta lama berulang... “Niat nak kahwin itu ada”

Menjelaskan dakwaan tersebut, Zizan menegaskan dia dan Nureen hanya sekadar kawan dan bukan teman istimewa seperti diperkatakan.

Malah kata Zizan, gambar dia dan Nureen yang disebarkan juga adalah foto lama yang diambil tahun lalu.

Saya takut orang lebih pandang kepada gosip dan menganggu apa sedang saya usahakan.

ZIZAN RAZAK

PELAKON/PENGARAH

"Saya pun tidak tahu kenapa isu ini boleh timbul. Mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati dengan saya atau dia.

"Gambar-gambar yang dikeluarkan pun merupakan foto tahun lalu. Ada yang sengaja nak buat cerita dan saya rasa tidak elok buat begini," jelasnya.

Sementara itu, Zizan bakal tampil dengan telefilem Awak Terlalu Ganu Untuk Saya yang juga merupakan karya tulisan dan arahannya.

zizan razak 1

Zizan akui semakin seronok mencuba bidang pengarahan.

Semakin aktif dalam bidang pengarahan, Zizan berkata, cabang baharu itu cabaran besar buatnya untuk terus mengukuhkan nama dalam industri seni tempatan.

"Ini merupakan telefilem pertama arahan saya. Banyak perkara yang masih boleh saya perbaiki untuk menjadi pengarah lebih baik di masa akan datang.

"Bagi saya pemahaman tentang sesebuah karya itu paling penting sebab sebagai pengarah kalau bleh jangan sesekali menyusahkan pelakon dan kongsi idea bersama," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain