suria

Dolla diterima baik di China, teruja dapat kongsi ilmu dalam program realiti... “Kami pergi makan pun orang tegur”

Syasya (kanan) teruja bakal beraksi di program realiti Show It All China.

ANGGOTA kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal berkongsi rasa teruja apabila kehadiran mereka di China menerima sambutan baik peminat di sana.

Syasya atau nama sebenarnya Noorsyasya Afiqah Sharizal, 23, berkata, penyertaan mereka dalam program realti Show It All menerima respon positif penonton di negara itu.

"Kami bersyukur kerana dapat mewakili Malaysia ke China. Rasanya sangat berbeza sebab selalunya peminat tempatan yang memanggil nama kami tetapi apabila disana kami juga turut mendapat sorakan gemuruh dari penonton.

Syasya mengambil peluang untuk mendekati peminat di luar negara.

Syasya mengambil peluang untuk mendekati peminat di luar negara.

"Bila lihat orang luar pun kenal Dolla ia membuatkan kami jadi lebih teruja. Kami pergi makan pun ada yang mengenali dan menegur kami.

"Ia satu petanda positif apabila kehadiran kami diterima dengan baik," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Syasya memaklumkan tawaran yang diterima oleh penerbit program realiti berkenaan iatu Exo Lay Zhang merupakan satu peluang besar untuk mereka mendapat pendedahan di negara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Dolla bakal berentap di China, muncul dalam video promo program realiti 'Show It All'

ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Dolla kena pukul BF tak betul, lengan lebam mungkin kena'gigit' hantu

"Program ini merupakan survival show terbitan Exo Lay. Saya sendiri merupakan peminat tegar kumpulan Exo sejak kecil lagi jadi apabila mendapat tawaran ini saya sangat teruja untuk menyertainya.

"Ia juga merupakan peluang besar untuk kami mendekatkan diri dengan peminat di luar Malaysia," ujarnya.

Cerita Syasya lagi, Dolla dipanggil sebagai kumpulan senior yang akan berkongsi dengan peserta bertanding mengenai pengalaman sepanjang bergelar anak seni.

"Setiap minggu program tersebut akan menjemput kumpulan wanita di seluruh dunia dan episod pertama menampilkan kumpulan Dolla.

Dolla semakin mendapat perhatian peminat di China.

Dolla semakin mendapat perhatian peminat di China.

"Kami sebagai kumpulan senior wanita akan berkongsi pengalaman dan budaya. Jadi daripada situ peserta-peserta akan belajar daripada pengalaman kami," katanya.

Dolla bakal membuat penampilan pada episod pertama Show It All China yang bersiaran secara eksklusif di aplikasi Mango TV setiap hari Khamis bermula 28 Mac ini.

Show It All China turut menampilkan beberapa kumpulan wanita baharu sebagai peserta termasuk Pixxie, BoysWorld, Bini dan G22.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain