suria

Kecoh Dolla bakal berentap di China, muncul dalam video promo program realiti ‘Show It All’

Dolla dikhabarkan akan membuat kemunculan dalam sebuah program realiti di China.

KECOH di media sosial ketika ini apabila kumpulan Dolla dilaporkan bakal terlibat dalam sebuah program realiti di China.

Perbualan mengenai perkara itu hebat diperkatakan apabila muncul sebuah video promo rancangan tersebut iaitu Show It All China.

Video tersebut menampilkan sedutan klip muzik video Dolla bersama beberapa kumpulan wanita lain termasuk Pixxie, BoysWorld dan Bini.

Untitled design - 2024-03-25T163533.003

Video promo yang menampilkan Dolla tular di Tik Tok.

Malah pengguna TikTok @haronzoo yang mengulang siar video promo tersebut memberitahu Dolla akan muncul dalam program tersebut.

"Dolla akan muncul dalam Show it All, sebuah program realiti di China yang turut menampilkan Exo Lay Zhang sebagai produser," katanya.

Menerusi hantaran tersebut juga, Dolla dikhabarkan akan muncul pada episod pertama dan berentap bersama peserta rancangan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lincah Dolla menari di lintasan jalan kaki Bukit Bintang, cara promosi ‘Damelo’

ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Dolla kena pukul BF tak betul, lengan lebam mungkin kena ’gigit’ hantu

"Dolla dijangka akan tampil di episod awal, sebagai kumpulan pertama yang akan berentap dengan peserta dari China," komen netizen.

Show It All China bakal menampilkan anggota Exo Lay Zhang sebagai mentor dan produser muzik.

Program dilaporkan bakal bersiaran secara eksklusif di aplikasi Mango TV pada setiap hari Khamis bermula 28 Mac ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain