suria

Lagi layan media sosial, lagi banyak merapu - Aiman Hakim kesal berita palsu sudah meninggal dunia

Aiman jelaskan dirinya masih dalam keadaan sihat.

KESAL dengan berita palsu mengenai kematian dirinya, pelakon Aiman Hakim Ridza berkata perkara tersebut sengaja dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mengaut keuntungan.

Mengesahkan dia masih hidup dan sihat, Aiman atau Aiman Hakim Ridza Abdoh, 35, enggan ambil pusing tindakan dan sikap sesetengah pihak yang suka mengambil kesempatan dengan cara sedemikian.

"Ada orang hantar mesej fasal perkara ini. Kita ambil iktibar dari sudut positif. Pertamanya, Alhamdulillah saya masih hidup.

aiman hakim 2

Sebuah akaun Facebook menyiarkan berita palsu tentang Aiman.

"Dalam sosial media ini, lebih banyak anda habiskan masa, lebih banyak orang lain ada untung," katanya.

Aiman menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada Selasa.

Dia turut berkongsi tangkap layar sebuah hantaran di Facebook memberitahu dia sudah meningga dunia yang dimuat naik di sebuah akaun komuniti.

ARTIKEL BERKAITAN: Fokus ‘renovation’ rumah, Aiman Hakim tolak tawaran lakonan enam bulan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kalau nak komen sudah lama saya buat”- Zahirah dan Aiman pilih tak layan isu Fathia Latiff

Mengulas lanjut, pelakon ini juga memberi gambaran bagaimana kandungan media sosial sebegitu boleh meraih keuntungan menerusi bilangan capaian (engagement) pengguna di media sosial.

Dalam masa sama, Aiman turut berkongsi nasihat kepada pengikut agar tidak terlalu bergantung kepada sosial media selain lebih banyak meluangkan masa dengan orang sekeliling.

"Lagi anda layan sosial media, lagi banyak benda merapu akan keluar. Kesimpulannya di sini kurangkan main sosial media.

aiman hakim 3

Aiman nasihat orang ramai agar tidak terlalu bergantung pada sosial media.

"Berboraklah dengan orang terdekat," ujarnya.

Berita palsu tentang kematian selebriti sudah banyak kali terjadi sebelum ini sehingga ada menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat termasuk ahli keluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain