suria

Afifah Nasir sah bergelar isteri Syed Hariz

Afifah Nasir kini milik Syed Hariz.

SELEPAS tiga bulan mengikat tali pertunangan, pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya iaitu Syed Hariz pada petang Ahad.

Berita gembira itu disahkan sendiri oleh bapa Afifah iaitu Profesor Dr Md Nasir Ibrahim yang memberitahu majlis pernikahan diadakan secara tertutup.

"Alhamdulillah baru selesai tadi, saya sendiri menjadi wali pernikahan anak saya.

afifah 3

Afifah dan Hariz sah sebagai suami isteri dengan sekali lafaz.

"Majlis pernikahan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak," katanya ketika dihubungi mStar.

Nasir memberitahu Afifah dan Hariz disatukan sebagai suami isteri sekitar pukul 4 petang Ahad di sebuah hotel terkemuka di ibu negara manakala majlis resepsi diadakan di lokasi sama pada sebelah malam.

Pada majlis tersebut kata Nasir, Afifah atau Nur Afifah Md Nasir, 31, menerima mas kahwin sebanyak RM3,000 tunai berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas kongsi dilamar teman lelaki, Afifah Nasir kini tunang Syed Hariz

ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya! Afifah Nasir dilamar kekasih, bakal berkahwin tahun ini

Dalam pada itu, Nasir menyifatkan menantunya itu adalah lelaki tepat buat anak perempuannya kerana mereka mempunyai keserasian yang sangat baik.

Sebagai bapa kata Nasir, dia yakin Hariz mampu membimbing dan menjaga anaknya dengan sempurna.

"Apabila anak perempuan berkahwin rasa ringan tanggungjawab saya sebagai seorang bapa.

afifah 2

Afifah dan Hariz bertunang pada Februari lalu.

"Insya-Allah saya yakin dengan pilihan Afifah dan mereka ada keserasian yang baik malah sebagai bapa saya percaya Hariz dapat menjaga anak saya dengan baik," katanya.

Pada Februari lalu, Afifah berkongsi di Instagram miliknya yang memperlihatkan dia dilamar Hariz sambil berlatar berlakang sebuah pesawat.

Pasangan ini kemudiannya melangsungkan majlis pertunangan pada bulan yang sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain