suria

Hail Amir masuk hospital akibat batuk, Farouk Hussain kongsi keadaannya semakin tenat

Hail sedang menerima rawatan di HKL.

PENYANYI veteran Datuk Hail Amir kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Sabtu selepas mengalami masalah batuk.

Pelakon Farouk Hussain, 57, yang berkesempatan menziarahi Hail di wad hospital berkenaan memberitahu keadaan penyanyi itu juga kini tenat.

“Saya dimaklumkan oleh anaknya Hail masuk hospital sebab dia batuk tapi keadaan kesihatannya terus menurun.

hail 4

Farouk (kiri) yang berkongsi kesihatan Hail ketika ini.

“Ketika saya melawatnya pun nampak keadaan dia macam tenat,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Farouk memberitahu, keadaan Hail, 77, sangat berbeza berbanding sebelum penyanyi itu dimasukkan ke hospital.

Malah Hail juga sukar berkomunikasi selain tidak mengenali orang yang datang menziarahinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hail Amir, suami Salwa Abdul Rahman dapat anugerah bergelar Datuk

ARTIKEL BERKAITAN: Bengang Soal Bayaran, Farouk Hussain Serik Berlakon

"Dia tak boleh nak bercakap dan tak kenal orang. Saya bisik dekat telinga dia pun macam tiada respon.

"Senang cerita keadaan dia membimbangkan dan tenat... Ketika ini pun Hail menggunakan alat bantuan oksigen bagi membantunya bernafas dengan baik.

"Anaknya beritahu baru semalam keadaan bapanya teruk... Sebelum ini tidak terlantar atau apa. Masa raya pun masih okay lagi," katanya lagi.

hail 1

Kesihatan Hail dikatakan tiba-tiba menurun.

Dalam pada itu, Farouk turut mengajak rakan-rakan selebriti yang berkesempatan untuk melawat Hail selepas melihat keadaanya.

"Kalau nak melawat itu boleh sebab anak dia ada jaga di situ cuma tak benarkan ambil gambar.

"Tapi kalau nak datang nak tengok-tengok boleh," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain