suria

Lagu jadi OST filem cara mudah promosi, Adira besar hati digelar ‘Ratu Soundtrack’

Adira tampil dengan lagu baharu berjudul Kasih.

SEKALI lagi diberi kepercayaan merakamkan lagu untuk dijadikan runut bunyi (OST) filem, penyanyi Adira menganggap ia peluang terbaik mempromosikan sesebuah karya.

Bagi Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, cara itu membuatkan lagunya nyanyiannya lebih mudah mendapat perhatian pendengar apabila ia kerap dimainkan.

Malah penyanyi ini juga berbesar jika ada peminat menggelarkan dia sebagai 'Ratu Soundtrack'.

adira kasih 1

Adira gembira dapat bekerja dengan ramai komposer.

"Jika mahu mengeluarkan bajet untuk promosi lagu di televisyen ia memerlukan kos yang tinggi.

“Jadi apabila sesebuah lagu kerap dimainkan dalam filem atau drama, mudah untuk melekat di jiwa penonton.

"Ia umpama promosi secara percuma apabila lagu dirakamkan menjadi OST drama atau filem," katanya.

Terbaharu Adira tampil dengan sebuah lagu berjudul Kasih yang juga dijadikan sebagai OST filem bertajuk Memoir Seorang Guru.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi ruang berbaik, Adira tetap mahu bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Saya, Adnan Abu ceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu”

Sebagai seorang penyanyi profesional, Adira memberitahu dia terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana komposer yang pastinya cukup memahami kekuatan vokal dirinya.

Bagaimapun kata Adira, dia tidak ambil mudah dalam setiap cabaran diberikan dan sentiasa cuba memberi kelainan agar hasil rakaman berkualiti.

"Saya tiada masalah untuk menyanyikan sebarang lagu. Apa yang penting melodi dan liriknya sesuai dengan suara saya.

adira kasih 3

Adira mahu terus kekal relevan dalam industri.

“Saya juga tidak ambil mudah atas kepercayaan diberikan oleh komposer dan penulis lirik. Saya pasti akan beri komitmen penuh," ujarnya.

Lagu terbitan Nova Music itu merupakan ciptaan bersama Ayden Ali, Adeef Den dan Iqie Hugh.

Manakala liriknya pula ditulis oleh Datuk Arisz Abd Rahman.

Sementara itu filem arahan Memoir Seorang Guru pula akan mula ditayangkan pada 30 Mei.

Karya arahan Kyoll Hamzah ini menampilkan pelakon-pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Ellie Suriaty, Zul Huzaimy, Nabila Huda, Johan Asa'ri dan Trisha Ooi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain