suria

Tiada lagi ruang berbaik, Adira tetap mahu bercerai

Adira dan Adnan tiba di mahkamah pada Rabu.

KETIKA usahawan Datuk Adnan Abu merayu dua isterinya menarik balik tuntutan cerai terhadapnya, penyanyi Adira Suhaimi dengan nekad keputusan menamatkan perkahwinan mereka.

Susulan itu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, berharap urusan untuk meneruskan penceraian dengan Adnan dapat diselesaikan pada pagi Rabu.

“Alhamdulillah tenang sahaja. Semoga semuanya dipermudah seperti apa yang kami sudah bincangkan.

adira 2

Adira harap isu rumah tangga dapat diselesaikan.

“Lebih tenang dan apa saya boleh cakap keputusan saya masih tetap sama, paling penting tenang,” katanya.

Adira memaklumkan perkara itu ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor pada pukul 9 pagi.

Sementara itu, peguam mewakili Adira, Nor Saidah Zakaria memberitahu prosiding hari ini sepatutnya berhubung lantikan hakam namun terdapat perbincangan di antara penyanyi itu dan Adnan untuk meneruskan penceraian.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red harap 2 isteri tarik permohonan cerai, mahu Datin Red dan Adira jadi saksi kejayaannya

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pertama dakwa Datuk Red tak balik sambut hari raya, netizen pula ungkit fasal baju kaftan

Bagaimanapun Nor Saidah memberitahu keputusan tetap bergantung kepada Adnan apabila kes disebut di hadapan hakim.

“Kita tengok apa pendirian Datuk Red nanti,” katanya.

Adnan, 46, atau Datuk Red yang diwakili peguam syarie, Muhammad Akmal Azman ketika ditemui pemberita enggan memberikan sebarang ulasan dan terus melangkah masuk ke dalam mahkamah.

adira 1

Adira failkan cerai atas alasan tiada persefahaman.

Pada 25 Oktober lalu, Adira memfailkan perceraian terhadap Adnan di mahkamah sama atas alasan sudah tiada persefahaman.

Untuk rekod, Adira pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Adnan 1 April 2019 namun menarik sbagi memberi peluang kepada suami selain cuba berbaik demi anak-anak.

Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain