suria

Hail Amir, suami Salwa Abdul Rahman dapat anugerah bergelar Datuk

Suami Salwa Abdul Rahman iaitu Subadron Abdul Aziz dan Hail Amir menerima anugerah darjah kebesaran membawa gelaran Datuk.

SETELAH 50 tahun berkecimpung dalam dunia seni, penyanyi dan pelakon popular era 70-an Hail Amir dikurniakan gelaran darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Hail atau nama sebenarnya Abdul Hail Amir, 74, berkata kurniaan tersebut adalah satu penghargaan yang ingin dikongsi dengan peminat setiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin, Habsah Hassan dan Yusry Abdul Halim kini bergelar Datuk, dikurnia pingat Panglima Mahkota Wilayah

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah terima gelaran Datuk

"Saya rasa amat terharu dengan penganugerahan ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang masih mengingati dan meminati insan bernama Hail Amir ini," katanya.

Hail memulakan kerjaya seni sebagai penari kebudayaan di Badan Budaya di bawah Kementerian Belia dan Sukan pada awal 70-an.

Screen Shot 2022-02-08 at 10.05.16 PM

Hail dikurniakan gelaran Datuk selepas 50 tahun terlibat dalam dunia seni.

Bakatnya mula menyerlah apabila ditawarkan watak utama dalam filem pertamanya Jiwa Remaja di samping Uji Rashid dan Datuk Yusof Haslam.

Antara filem lain yang dilakonkannya ialah Menanti Hari Esok, Ribut Barat dan Anita Dunia Ajaib.

Hail turut popular dengan beberapa lagu antaranya Wajah Kesayangan Hamba, Hujan, Tanda Kasih, Kabus dan Merpati Dua Sejoli.

Penyanyi ini mempunyai seorang isteri iaitu Safiah Ibrahim dan empat cahaya mata.

Sehingga kini beliau masih aktif menerima undangan nyanyian.

Selain Hail, suami kepada penyanyi Salwa Abdul Rahman iaitu bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Kuala Lumpur, Subadron Abdul Aziz turut dikurniakan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk.

Pada istiadat di Istana Negara pagi Selasa, seramai 57 individu lain menerima darjah kebesaran PMW yang membawa gelaran “Datuk” sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2022.

Turut menerima PNW ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, atlet lompat jauh paralimpik negara Abdul Latif Romly dan bekas atlet terjun negara Leong Mun Yee.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain