suria

Chiwan dah bergelar suami, buat persiapan nikah dalam tempoh 20 hari

Chiwan dan Cinta memilih tema putih untuk hari pernikahan.

PELAWAK dan juga penyampai radio Suria FM iaitu Chiwan selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Amira Ayuni Hashim, 27, pada Sabtu dengan sekali lafaz.

Mula berkenalan sekitar dua tahun lalu, kata Chiwan atau Mohd Azwan Sabri, 38, dia dan isteri yang mesra disapa Cinta telah lama merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Namun disebabkan kekangan masa dan jadual kerja yang padat, mereka terpaksa menangguhkan hasrat berkahwin sehingga mendapat waktu sesuai.

chiwan 4

Chiwan dan Cinta mula kenal sejak dua tahun lalu.

"Sejak tahun lepas lagi kami dah rancang nak kahwin. Tetapi ketika itu jadual saya agak padat dan kami terpaksa tangguhkan hasrat berkahwin.

"Sebenarnya kami nak buat majls bulan April, namun ketika itu Kak Rara (Sharifah Shahirah) ada perancangan ke luar negara. Jadi demi Kak Rara kami tangguh ke bulan Mei.

"Syukur majlis berjalan lancar dan segala impian kami dipermudahkan," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Chiwan mahu kahwin tahun ini, wang RM250,000 buat beli rumah dan kereta

ARTIKEL BERKAITAN: 12 tahun bergelar pelawak, Chiwan dah penat... luah hasrat mahu jadi penyanyi

Majlis pernikahan dan persandingan pasangan itu berlansung di sebuah dewan di Teluk Panglima Garang, Selangor.

Pada majlis itu, Chiwan menyerahkan mas kahwin RM1,000 dan pasangan ini setuju untuk tidak memberi barang hantaran.

Tambah Chiwan, persiapan majlis tersebut juga dilakukan hanya dalam tempoh 20 hari sebelum disatukan sebagai suami isteri.

Saya tidak rasa gementar pun ketika akad nikah sebab tahu niat saya baik untuk halalkan hubungan kami

CHIWAN

PELAWAK/PENYAMPAI RADIO

"Kami dah tempah dewan sejak Februari lalu, cuma semua persiapan dilakukan pada saat-saat akhir.

“Dalam tempoh 20 hari kami tempah baju nikah, siapkan borang dan semua berkaitan majlis.

"Saya tidak rasa gementar pun ketika akad nikah sebab tahu niat saya baik untuk halalkan hubungan kami," ujarnya.

Cinta juga merupakan seorang pelakon dan mereka mula berkenalan ketika sama-sama terlibat dalam penggambaran sebuah drama.

chiwan 3

Chiwan dan Cinta saling gaham kerjaya masing-masing.

"Apabila sama-sama terlibat dalam industri kami faham kerja masing-masing. Itu yang saya mahukan supaya tidak timbul salah faham antara kami.

"Sebelum ini pun saya sudah sering membawa Cinta ke majlis dan ramai tahu tentang hubungan kami," jelasnya.

Pasangan ini merancang berbulan madu pada cuti bersempena Hari Raya Aidiladha nanti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain