suria

Ahmad Idham minta produksi hormat artis veteran soal bayaran, jangan dah meninggal dunia baru nak beri anugerah

Ahmad Idham pihak produksi hormat dan kenang jasa artis vateran.

ISU bayaran rendah yang diterima artis veteran nampaknya masih belum berkesudahan dan terus hangat diperkatakan dalam kalangan penggiat seni.

Perkara ini turut menarik perhatian pengarah terkenal, Ahmad Idham yang berpendapat bayaran rendah itu tidak setimpal dengan pengalaman yang dimiliki oleh artis veteran.

Menurut Idham atau nama sebenarnya Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 50, isu ini berlaku disebabkan pihak produksi tidak memahami cara kerja industri seni.

NP-46

Ahmad Idham minta hargai jasa artis vateran.

"Pengalaman mendewasakan seseorang dan pengalaman itu beri impak pada lakonan seseorang tapi takkan tiada nilai?

"Nilai itu memang subjektif tetapi sekurangnya nilai itu biarlah setimpal.

"Dan jika ada pengurus produksi tawarkan tawaran murahan kita tahu dia seorang yang ‘cap ayam’, serta penerbit pula mungkin baharu atau tidak faham tentang industri,” katanya kepada mStar.

Idham berkongsi pandangannya itu ketika ditemui di Majlis Jamuan Hari Raya Yayasan Koreksional Malaysia di Kajang, Selangor, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak kena buli di sekolah, Andika Kangen Band buat laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Gitaris Kangen Band gigih bantu mangsa kemalangan, penduduk kampung tiba-tiba datang maki tuduh jadi punca

Menghormati artis veteran yang menaikkan industri seni negara, Idham berkata dia sama sekali tidak pernah menjatuhkan nilai seseorang pelakon lama.

"Kalau tengok kebanyakkan filem saya ramai artis vateran berlakon dengan saya, maknanya mereka puas hati dengan cara kerja saya.

"Sebab itu jika lihat Fauziah Nawi, Azlee Senario, Dian P. Ramlee berlakon dengan saya.

"Kalau saya tawarkan tawaran tak berpatutan rasanya mereka akan terima? Saya sendiri tidak akan downgrade pelakon veteran punya nilai sebab rasa hormat saya pada mereka,” ujarnya.

bila seseorang artis itu sudah tiada baru nak beri anugerah.

AHMAD IDHAM

PENGARAH

Sementara itu, pengarah filem Anak Perjanjian Syaitan 2 itu mengakui menyanjungi artis veteran yang telah banyak berjasa dalam industri sehingga tumbuhnya pelakon-pelakon baharu.

Justeru itu, dia berharap masyarakat tidak menjadikan budaya menunggu sehingga seseorang artis veteran itu meninggal dunia sebelum diberikan penghargaan.

"Tanpa perjuangan asal artis veteran ini dahulu mungkin saya tiada sekarang. Orang-orang lama yang bersusah payah pastikan industri kekal sehingga sekarang, adanya pelakon baharu sekarang kerana perjuangan pelakon veteran.

“Jangan jadikan budaya seperti dari dulu bila seseorang artis itu sudah tiada baru nak beri anugerah.

NP-47

Baru-baru ini Azlee dituduh bongkak kerana tolak tawaran kerja RM500.

"Masa dia hidup tidak pula nak bagi kerja ke apa, perkara sebegini buatkan saya terpanggil untuk berikan pandangan peribadi,” ujarnya.

Sebelum ini, tular cerita pelawak Azlee Senario yang dituduh bongkak kerana menolak tawaran bernilai RM500.

Namun Azlee, 57, memberitahu dia cuma mengharapkan situasi menang-menang apabila berbincang dengan pihak produksi tentang soal bayaran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain