suria

Beto Kusyairy mula bersilat sejak usia 7 tahun, bukan sekadar pertahan diri tapi bentuk peribadi

Beto mula ceburi seni pertahankan diri silat sejak usia 7 tahun.

AKSI pelakon Beto Kusyairy apabila melakukan babak pertarungan dalam filem atau drama lakonannya sering mendapat pujian penonton yang merasakan lagaknya seperti seorang profesional.

Rupa-rupanya kata Beto atau Nur Kusyairy Zakuan Othman, 44,, dia sudah melibatkan diri dalam seni mempertahankan diri iaitu silat sejak berusia tujuh tahun lagi.

Kata Beto lagi, ketika zaman persekolahan juga dia dan rakan-rakan turut menyertai Persatuan Seni Silat sebagai memenuhi aktiviti kokurikulum.

"Daripada darjah satu iaitu sekitar tahun 1987 saya sudah libatkan diri dalam seni silat sebab memang minat.

NP-60

Silat membentuk keperibadian seseorang pada pendapat Beto.

"Ketika zaman persekolahan juga, semua pelajar diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum dan saya sertai Persatuan Seni Silat sehingga habis sekolah menengah," katanya kepada mStar.

Tidak hanya itu, Beto memberitahu dia juga pernah menyertai Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia dan Persatuan Silat Seni Cula Simanjakini bagi mendalami ilmu dan seni persilatan.

Kata Beto, silat sebenarnya mempunyai banyak cabang dan ia peninggalan yang harus dipelihara dan dikekalkan untuk generasi akan datang.

Dalam pada itu, Beto mengakui kesibukan dengan aktiviti lakonan membuatkan dia kurang mempunyai masa untuk berlatih.

ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan Beto Kusyairy dalam iklan baju Melayu macam filem, pengasas dedah pernah kena reject sebab tak cukup bajet

ARTIKEL BERKAITAN: Belum sempat tonton ‘Pendekar Awang’, Beto Kusyairy tetap bagi sokongan... “Tiada komen sebab saya dah kena sembelih dalam Mat Kilau”

Namun jika ada tawaran membabitkan filem genre aksi, dia akan mengambil kesempatan itu untuk kembali berlatih dan mengasah kembali jurus dan gerakan pernah dipelajarinya sebelum ini.

"Apabila sudah masuk alam dewasa, komitmen saya dan rakan-rakan pun sudah berbeza sehingga membuatkan kami sudah tidak dapat berkumpul dan berlatih bersama-sama.

"Nak turun setiap minggu untuk latihan memang tak mampu cuma saya teruja kalau ada projek filem aksi sebab ini peluang untuk saya berlatih sebelum masuk set penggambaran," jelasnya.

Beto memberitahu terdapat banyak kelebihan jika seseorang mempelajari seni mempertahankan diri dan bukan semata-mata melawan musuh.

NP-59

Beto gunakan pengalaman silat dalam filem.

Sebaliknya, silat ini membentuk keperibadian seseorang untuk menjadi manusia berprinsip dalam hidup.

"Bukan hanya latih diri jadi berprinsip tetapi disiplin, pemikiran, pembawakan diri dan sebagainya.

"Silat bukan sekadar mahu mempertahankan diri daripada musuh," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Beto meluahkan rasa teruja apabila dua filem lakonan terbaharunya iaitu Reversi dan The Original Gangster dijangka bakal ditayangkan pada tahun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain