suria

Belum sempat tonton ‘Pendekar Awang’, Beto Kusyairy tetap bagi sokongan... “Tiada komen sebab saya dah kena sembelih dalam Mat Kilau”

Beto belum sempat tonton Pendekakar Awang kerana kesibukkan bekerja.

PELAKON Beto Kusyairy memberitahu dia masih belum berkesempatan untuk menonton sekual filem Mat Kilau iaitu Pendekar Awang: Darah Indera Gajah.

Beto atau Nur Kusyairy Zakuan Osman, 44, berkata kesibukan kerja membuatkan dia tiada peluang untuk menonton filem berkenaan di pawagam.

Justeru itu, dia tidak dapat memberikan ulasan mengenai filem berkenaan, namun berharap karya itu menerima sambutan ramai.

size NP 1 (48)

Nadhir antara sahabat Beto yang berlakon dalam filem Pendekar Awang.

"Saya tiada komen sebab saya dah kena sembelih dekat Mat Kilau. Jadi saya tak terlibat dengan Pendekar Awang.

"Saya tiada apa-apa hak cuma terkilan sebab tak berkesempatan untuk menonton filem itu lagi, apa-apa pun saya mendoakan yang terbaik untuk mereka.

"Lagi pun masa tidak mengizinkan untuk saya menonton... saya sangat sibuk dengan kerja dan komitmen lain, agak ralat juga tak dapat tonton dan beri sokongan pada sahabat-sahabat saya dalam filem itu," katanya kepada mStar.

Beto berkongsi perkara itu ketika ditemui di Grand Launching Elrah Exclusive yang diadakan di Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur pada petang Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Badan cepat sakit, Beto Kusyairy kongsi pengalaman berlakon ‘The Original Gangster’... “Saya sedar dah tua”

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada wajah Sharnaaz dan Beto Kusyairy untuk kempen raya 2024... Ini jawab pengasas Bulan Bintang!

Ditanya sambutan filem itu dilihat tidak semeriah Mat Kilau, Beto berpendapat walaupun pengarah dan pasukan berbeza namun di akhirnya semua itu merupakan ketentuan Allah.

"Saya tak boleh kata apa mungkin dah ketentuan dari Allah dan begitu juga pilihan penulis skrip dan pengarah dari sudut visi mereka

"Sebenarnya itu bukan hak saya untuk bagi kenyataan, yelah lain pengarah, lain pasukan dan sebagainya.

"Tiada istilah iri hati atau apa sahaja perkara berbangkit," jelasnya.

size NP 1 (47)

Syamsul merupakan pengarah bagi filem Mat Kilau.

Sebelum ini, netizen mendakwa filem Pendekar Awang tidak mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton kerana ketiadaan barisan pelakon utama dan pengarah dari filem Mat Kilau.

Menerusi tinjauan mStar, Pendekar Awang berjaya mengutip sejumlah RM5.48 juta, sementara Mat Kilau pula menjadi filem tempatan dengan hasil kutipan tertinggi sepanjang zaman dengan RM94.7 juta.

Pendekar Awang diarahkan oleh Saiful Reza Shukor dan Shaharudin Md Dali, manakala Mat Kilau pula arahan Syamsul Yusof.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain