suria

[V] Tiada alahan sepanjang hamil, Puteri Aishah cuma malas keluar rumah dan teringin kek tapak kuda

MENGHITUNG hari kelahiran anak sulung, pelakon Puteri Aishah berkata dia tidak berdepan sebarang alahan teruk sepanjang kehamilan ini.

Aishah, 30, berkata pada awal kehamilan dia mudah berasa letih namun semuanya kembali normal selepas berakhirnya trimester pertama.

"Trimester kedua saya dah okay. Cuma masa trimester pertama itu saja saya macam tak nak keluar rumah dan malas.

aishahah

Puteri alami alahan yang sederhana saat awal kehamilan.

"Nak makan dan tidur saja, tapi tak muntah-muntah dan alahan saya sangat sederhana," katanya kepada mStar.

Puteri berkongsi perkara itu semasa hadir di sidang media Konsert Ada Apa Dengan Melly & Friend yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Isnin.

Memasuki usia kandungan tujuh bulan, Aishah memberitahu dia tidak mengidam sebarang makanan pelik, namun hanya teringin menikmati kek tapak kuda.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Aishah dan suami bakal timang anak lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video usap perut, Puteri Aishah umum hamil anak sulung

"Saya tak tahu rasa mengidam itu macam mana sebab apa-apa saya teringin saya beli saja. Cuma masa itu ada teringin kek tapak kuda sebab selalu lalu dekat sosial media.

"Tapi susah nak dapat jadi rasa macam lambatnya nak dapat dan buat saya rasa tertunggu-tunggu. Alhamdulillah dapat dan saya beli secara atas talian saja," katanya lagi.

Sementara itu, Aishah memberitahu dia masih belum membuat sebarang persediaan kelengkapan bayi.

Bukan itu sahaja, mereka juga masih belum memilih nama yang sesuai buat anak kerana masih keliru pilihan sesuai.

Bila nampak muka dia sikit kami akan pilih nama yang sesuai.

PUTERI AISHAH

PELAKON

"Saya dan suami sebagai pertama kali menjadi ibu bapa tidak tahu sebenarnya nak beli apa yang penting dan tidak.

"Kami tak nak main ambil saja tapi tak tahu benda itu penting atau tidak... jadi membazir.

"Nama pun belum ada lagi. Saya akan pilih nama kerana suami tak pandai sangat tapi saya dah beri beberapa nama tapi dia belum ada kata putus.

"Mungkin bila dah lahir nanti... Bila nampak muka dia sikit kami akan pilih nama yang sesuai," ujarnya.

aisyah 22

Puteri umum bakal lahirkan bayi lelaki tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Puteri mengakui berasa sedikit bimbang memandangkan ini pengalaman pertama bakal melahirkan anak.

Malah dia ada mendapatkan nasihat daripada rakan terdekat dan berharap dapat melahirkan anak sulung secara normal.

"Risau sebab takut nak bersalin. Masa trimester pertama dan kedua saya tak rasa lagi baby bergerak tapi bila dah masuk ketiga ini dah rasa sepakkan dia.

"Bila scan nampak muka dia baru rasa ada bonding dengan baby. Sekarang rasa teruja nak jumpa anak sulung kami.

2490665

Puteri dan suami umum berita kehamilan di Korea Selatan.

"Kalau ikut saya memang nak lahir semula jadi kalau boleh, tapi doakan semoga dipermudahkan," kongsinya.

Pada Januari lalu, Aishah berkongsi khabar gembira apabila dirinya kini sedang hamil anak pertama.

Aishah membuat pengumuman tersebut secara ringkas di Instagram miliknya ketika sedang bercuti di Seoul, Korea Selatan bersama suami.

Untuk rekod, Aishah dan Firdaus mendirikan rumah tangga pada November 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain