suria

Tiada wajah Sharnaaz dan Beto Kusyairy untuk kempen raya 2024… Ini jawab pengasas Bulan Bintang!

Azzim masih berkawan dengan Sharnaaz dan Beto.

KETIADAAN pelakon Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy sebagai wajah kempen raya 2024 jenama pakaian Bulan Bintang mengundang pertanyaan netizen di media sosial.

Tampil mengulas mengenai perkara itu, pengasasnya iaitu Azzim Zahid Azmi, 27, menjelaskan kedua-dua aktor itu telah menamatkan kontrak bersama jenama berkenaan pada tahun ini.

Meskipun tidak lagi bekerjasama dalam kempen kali ini, Azzim berkata mereka masih mengekalkan hubungan baik dan tidak timbul sebarang isu berbangkit.

NP-99

Azzim ketika di sidang media Bulan Bintang The Terrrrpaling Raya Fashion Show 2024.

“Ketiadaan mereka tahun ini kerana kontrak dah habis. Sejujurnya saya dengan Sharnaaz dan Beto tiada masalah.

“Buktinya semasa majlis kahwin saya pada bulan November lalu mereka datang... walaupun dah habis kontrak mereka tetap menghadiri majlis perkahwinan saya dan kami masih kawan sampai hari ini,” katanya kepada mStar.

Azzim menjawab mengenai perkara itu semasa sidang media Bulan Bintang The Terrrrpaling Raya Fashion Show 2024 yang diadakan di Sentul Depot, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Harga rahmah, pengalaman mewah” - Pengasas Bulan Bintang mula bimbang ramai minta anjur lebih banyak konsert

ARTIKEL BERKAITAN: Penganjur ‘Malam Bulan Bintang’ tak gentar buat konsert sebelah Blackpink... Selit penceramah sempena kedatangan Ramadan

Mengetahui dua aktor itu kini merupakan duta jenama baju Melayu lain, Azzim berkata dia sentiasa bersikap profesional dan memberikan sokongan kepada dua sahabatnya itu.

“Mereka memang bebas untuk kemana-mana, saya tiada isu tentang itu, mereka kerja sangat baik sehingga saya terhutang budi pada mereka.

“Mereka ada pilihan dan saya okay. Selepas kontrak mereka tamat, saya dah bersedia tengok mereka berada di jenama lain pula,” ujarnya.

Sejujurnya saya dengan Sharnaaz dan Beto tiada masalah.

AZZIM ZAHID

PENGASAS BULAN BINTANG

Berkongsi perkembangan mengenai Bulan Bintang, Azzim berkata dia sudah berbelanja RM11 juta ringgit untuk kempen raya pada tahun ini.

Malah, usahawan itu memberitahu RM3.2 juta sahaja digunakan untuk cabutan bertuah kepada pelanggannya.

“Bajet tahun ni secara total sudah RM11 juta digunakan. Bajet nampak besar tapi RM11 juta tak seperti tahun lepas iaitu persembahan drone RM3 juta dan konsert RM2 juta. Ketika itu saya belanja untuk branding.

NP-98

Azzim sempat buat persembahan bersama kumpulan Masdo.

“Tapi tahun ini, RM3.2 juta sahaja dihabiskan untuk cabutan bertuah untuk beri kepada pelanggan,” katanya.

Untuk rekod, tahun 2024 jenama bulan bintang melantik enam orang duta iaitu Shukri Yahaya, Remy Ishak, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Hannah Delisha, dan Daiyan Trisha.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain