suria

Lakonan Beto Kusyairy dalam iklan baju Melayu macam filem, pengasas dedah pernah kena reject sebab tak cukup bajet

Pelakon Beto Kusyairy cetus fenomena selepas dilantik jadi duta Bulan Bintang.

SUNTINGAN video pelancaran koleksi baju Melayu Bulan Bintang ala filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang menampilkan pelakon Beto Kusyairy hangat diperkatakan di media sosial.

Menerusi video berdurasi tiga minit itu memperlihatkan Beto tampil dalam persalinan baju Melayu bertarung dengan beberapa penjahat di dalam sebuah hutan.

Teknik silat yang dipaparkan Beto membuatkan ramai teruja malah membandingkan penampilannya menerusi filem Mat Kilau.

Malah tidak hanya itu, penonton turut meluahkan rasa kagum dan membandingkan kualiti video kempen tersebut dengan filem berkenaan yang sebelum ini dikatakan tidak kemas dan teknik kamera yang bergegar.

Lim-Ji-Yeon-Lee-Do-Hyun-2

Video pemasaran Bulan Bintang jadi bualan.

"Marketing dia mantap! Video steady dari filem yang gegar tapi tak boleh nak salahkan sesiapa.

"Lepas ini dah boleh buka produkasi pula, hasilkan karya yang lebih segar," antara komen netizen.

Video tersebut dikongsi oleh pengasas jenama terbabit, Azzim Zahid Azmi di Twitter yang sehingga kini sudah mencapai 600,000 tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Harga rahmah, pengalaman mewah” - Pengasas Bulan Bintang mula bimbang ramai minta anjur lebih banyak konsert

ARTIKEL BERKAITAN: Penganjur ‘Malam Bulan Bintang’ tak gentar buat konsert sebelah Blackpink... Selit penceramah sempena kedatangan Ramadan

Sementara itu, Azzim menerusi hantaran Instagram, berkata, pelantikan Beto sebagai duta jenama tersebut menjadi satu fenomena yang tidak terjangka.

Dedahnya, pihaknya pernah ditolak oleh Beto sekitar empat tahun lalu sebagai duta kerana kekurangan bajet.

Lee-Do-Hyun-Lim-Ji-Yeon-3

Beto pernah tolak lamaran Bulan Bintang.

Bagaimanapun, kini impian mereka untuk bekerjasama dengan pelakon hebat itu menjadi kenyataan selain ramai yang terinspirasi dengan kisah dikongsikan oleh Azzim.

"Masa itu, duit tak banyak pun. Tapi impian ada, muka tak malu pun ada. Saya hubungi pasukan Beto dan beritahu 'mas kahwin' yang aku mampu. Saya minta harga yang sangat rendah, tak masuk akal untuk seorang Beto.

"Saya memang tahu pun yang akan kena reject. Saya hormat 'expected rejection' yang diberikan dengan hati terbuka.

Impian Azzim jadi kenyataan untuk berkerjasama dengan Beto.

"Tahun demi tahun, impian saya tak pernah berganjak. Saya tahu, satu hari nanti Beto akan sertai keluarga kami. Saya tahu, saya kena kerja kuat untuk pastikan impian itu tercapai," kongsinya.

Sebelum ini, jenama sama juga pernah mengadakan pertunjukan fesyen Bulan Bintang Takes The Sky yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records di Menara Kuala Lumpur pada 18 Februari lalu.

Mereka juga menganjurkan konsert Malam Bulan Bintang yang menampilkan ramai nama besar dalam dan luar negara di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 4 Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain