suria

Ambil keberkatan bulan Ramadan, A. Aida agih 1,500 bungkus bubur lambuk 

A. Aida (enam dari kiri) bersama selebriti yang turut hadir.

MENGAMBIL keberkatan bulan Ramadan, penerbit Datuk A. Aida mengagihkan 1,500 bungkus bubur lambuk secara percuma kepada penduduk di sekitar kawasan Gombak pada petang Sabtu.

A. Aida atau Zaidah Awang, 53, berkata, aktiviti agihan makanan tersebut merupakan rutin tahunannya dengan kerjasama Salam HD Unifi TV sejak 2016 dan pernah menjelajah ke beberapa lokasi lain sebelum ini.

"Ini adalah aktiviti setiap tahun kami, yang mana kami akan memilih masjid-masjid yang bersesuaian untuk dijadikan lokasi pengagihan bubur lambuk," katanya kepada mStar.

A.Aida berkongsi perkara itu ketika ditemui di Masjid As Syakirin, Gombak ketika agihan bubur lambuk bersama selebriti.

WhatsApp Image 2023-04-01 at 6.12.44 PM

Pelakon Norlia Ghani menyerahkan bubur lambuk kepada penduduk.

Antara selebriti yang turut hadir pada program it uadalah Norlia Ghani, Amaris, Mubarak Majib, Fathil Dani, Afzan A. Rahman, Lan Zailan, Da'i Annas, Da'i Hakim dan Ustaz Safuwan.

Dalam pada itu, A. Aida menjelaskan bubur lambuk yang diedarkan juga adalah air tangan penduduk setempat yang bergotong royong sejak pagi Sabtu sebelum diagihkan pada sebelah petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya linangan air mata gambarkan perasaan melihat kesan banjir di Janda Baik, A. Aida mahu teruskan bantuan di 10 lokasi lain

ARTIKEL BERKAITAN: “Bakat boleh asah, paling penting wajah cantik dan kacak” - A. Aida cari pelakon baharu, ajak orang ramai datang uji bakat di Ekspresi@Finas

Selain agihan bubur lambuk, A. Aida turut mengadakan majlis berbuka puasa bersama penduduk setempat yang bertungkus-lumus menyiapkan juadah tersebut.

"Bubur lambuk sebanyak lima periuk ini dimasak oleh penduduk setempat dari pukul 8 pagi lagi kemudian diagihkan pada petang hari.

"Selain agihan bubur lambuk, kami juga mengadakan majlis berbuka puasa pada hari ini bersama selebriti dan penduduk setempat untuk mengeratkan hubungan," kongsinya lagi.

WhatsApp Image 2023-04-01 at 6.11.14 PM

A. Aida akan ke lokasi lain bagi menyerahkan bubur lambuk.

Tambahnya, program seperti ini dapat menggalakkan orang ramai membantu mereka yang memerlukan ketika bulan Ramadan.

A. Aida berkata, pihaknya akan ke Masjid Gombak Utara pula pada 8 April ini bagi melakukan aktiviti sama.

"Kita harap dengan sumbangan ini kita dapat berkongsi rezeki dengan mereka memerlukan sekali gus membuatkan Salam HD dikenali memandangkan ia sebuah saluran berunsur Islamik di Unifi TV," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain