suria

Shuib tersinggung baca komen kecam anak, ajak jumpa cakap depan-depan

Shuib tidak berdiam bila ada yang mengecam anaknya.

SEBAGAI seorang bapa, pelawak Shuib tersinggung apabila ada pihak bercakap buruk mengenai anak perempuannya iaitu Thalita yang kini semakin aktif dalam dunia seni.

Tampil mempertahankan anaknya itu, Shuib atau Shahmira Muhamad. 41, mengajak individu yang meninggalkan komen kecaman tersebut bersemuka dengan dirinya.

"Bila kau boleh komen macam ini aku sebagai bapa memang akan terasa.

shuib 3

Ada pihak kurang senang melihat Thalita menyanyi.

"Apa salah beri sokongan, setidaknya pun kalau betul menegur DM (direct massage), bercakap dengan aku depan-depan," katanya.

Shuib menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya berserta tangkap layar satu komen pengikut di media sosial.

Individu berkenaan dilihat seolah-olah mempertikaikan bakat nyanyian Thalita dan memberi nasihat agar anaknya itu lebih fokus kepada pelajaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Thalita nak jadi artis, Shuib dah sedia kena kecam

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib teruja anak dapat ‘job’ pertama reviu produk, Thalita pula bimbang jika orang ramai tak sokong

Malah, individu itu juga menganggap Shuib sengaja mempergunakan anaknya disebabkan perniagaan yang dijalankan tidak menjadi.

Menurut Shuib apa yang dilakukan oleh anaknya itu kini juga sebagai salah satu pembelajaran untuk mencari rezeki di usia muda.

"Kalau nak kecam fasal bapa dia, Insya-Allah aku tak kisah sebab dah biasa orang beri komen bukan-bukan. Jangan sentuh anak aku.

shuib 2

Bakat Thalita juga mendapat perhatian komposer Ajai.

"Dia muda lagi. Dia baru nak belajar masuk industri. Nak tolong bapa dia cari duit sendiri," ujarnya.

Nama Thalita atau Dzahira Thalita Zahra, 13, kini semakin menjadi perhatian selepas persembahannya menyanyi mendapat pujian ramai.

Bukan hanya itu dia juga kini mula menerima tawaran membuat reviu produk makanan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain